Cinta.
Akan datang.
Walaupun tanpa diundang.
Tapi,
Setulus mana cinta itu.
Sedalam mana keikhlasan si dia.
Sekuat mana ikatan cinta itu.
Benarkah itu cinta
Yang suci?
Cinta.
Akan datang.
Walaupun tanpa diundang.
Tapi,
Setulus mana cinta itu.
Sedalam mana keikhlasan si dia.
Sekuat mana ikatan cinta itu.
Benarkah itu cinta
Yang suci?
السلام عليكم. 你好。 Hello. selamat petang.
Happy new year gaisss 😙😙😙 so azam tahun lepas tercapai ke tak? rasanya satu pun tak tercapai sebab? Lack of motivation and target. usaha pun kurang. so how to achieve it without all these things. so terkubur sudah azam 2015. hukhuk.
azam tahun ni, makin matang. mungkin. hihi akan berusaha sampai dapat. sebab dah umur doploh satu and still no money in my own account except duit ptptn and duit belanja abah kasi. okay, shame on you, farah. tak kata orang lain. cuma kata diri sendiri yang selalu boros sampai lupa nak saving. pahtu ada hati nak hidup mewah macam dato vida. eh. hahaha
azam farah syazana untuk 2016! *jeng jeng*
1. buat saving.
For what? umrah. ni target aku. Teringin sangat nak pegi tapi no money. takkan nak harapkan duit mama abah je. so aku akan buat saving utk umrah. then,kecemasan. kot2 lah TER-guna banyak duit sampai kering. at least aku ada lagi duit. kes ni, aku kena ikat perut. semoga aku berjaya capai ni!
2. kurangkan shopping online
Susah ni, tapi akan aku usahakan demi umrah and target aku lain 💪😙
3. Learn to know myself better
Diri sendiri pun tak kenal lagi. ada hati nak bercinta. nak kenal orang lain. fokus satu2 farah. okay ✌ belajar lagi ilmu agama,ilmu duniawi.
4. Fokus niaga dan belajar at the same time.
Susah ni, tapi In sha Allah akan tolong aku.
orang nak ketawa, ketawalah. harini dah ada orang ketawakan aku. takpe, aku anggap itu satu kekuatan untuk aku capai itu. terima kasih kerana mengetawakan aku hari ini, aku akan bawa kejayaan itu nanti. amin 😊
sekian untuk tahun baru.
jumpa post lain pulak. hihihihi
السلام عليكم. 在建。 selamat malam. Bye.
farah syazana.
makin tua, 21 😂
Hai. Lamanyaaa tak menaip. Hm macam busy sangat je. Takpelah. Oleh sebab harini rasa macam nak menaip, biarlah daku menaip dengan hati yang tenang. Hihi! Ok, sejak akhir akhir ni aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangap travel. Haha 😂😂😂 termasuklah aku. So guys, aku dah buat goals baru. Dalam setahun ada 2 tempat yang aku akan pergi. Tak kesah la dalam negara ke luar negara. Asalkan aku boleh backpacker 😆
Dengan cara ni,mungkin aku lebih menghargai dunia ni. Lebih memahami dunia. Belajar menghargai diri sendiri. Lebih kenal diri sendiri. Mungkin waktu ni boleh terserempak dengan jodoh! Eh! Hahaha
Less than 2 weeks from now,flight aku ke china! Ah eksaitednya! Hihi pegi dengan kekawan baru pulak tu. 😆😆😆
Semoga Allah redha dengan apa yang aku nak buat. Semoga dipermudahkan segala perancangan ini. Hihi. Farah cuba cara baru untuk hilangkan kesunyian. Goodluck farah syazana! Jangan sunyi. Jangan terlampau berharap pada manusia. Bergantunglah pada Allah. Insha Allah,farah syazana.
Goodnight.
24 oktober 2015.
Assalamualaikum.
Tak tahu kenapa, aku rasa syukur. Walaupun aku sunyi. Aku still ade keluarga.
Aku tahu. Allah itu adil.
Tuhan tu tahu yang terbaik untuk aku.
Kalau ade pacar, mungkin aku lupa dia.
Mungkin aku lagi boros.
Mungkin aku terlalu layan cinta manusia.
Allah tahu aku tak ready.
Kalau orang masuk meminang sekarang, aku rasa aku dah boleh bagi jawapan "TAK".
SEBAB memang tak ready.
Aku tak tahu bila dah ready.
Tapi semua ni tak penting. Yang penting, macam mana aku nak me-ready-kan diri?
Ke fasa hubungan selamanya.
Ke fasa saling mempercayai.
Ke fasa untuk ke syurga dengan mudah.
Bagi aku, cinta memang indah. Tapi tak prepare bekalan untuk hadapinya pun tak boleh jugak.
Sabar. Setia. Kasih sayang. Tolerasi.
"BIARLAH TAKDE ORANG SUKA AKU SEKARANG, TAK PERLULAH AKU PERLU MENOLAK HULURAN CINTA MEREKA. DAN TAK PERLULAH AKU UNTUK MENYAKITKAN HATI MEREKA."
Once I ready, I know He will plan it better than me.
Salam cinta. Salam syukur 😉
Assalamualaikum. Terasa rajin nak menaip. Hihi
Jatuh.
Itu yang sesuai dgn aku harini.
Cepat jatuh. Cepat melatah.
Tapi cukup lembab nak bangun semula.
Mengapa farah syazana?
Kenapa perlu mengalah?
Usaha kau memang takat itu.
Patutnya kau sedar.
Bila test kuiz kau dah kelaut........
Tapi kau seolah-olah mengalah.
Emmm. Jangan farah.
Ingat mama abah kau.
Kau anak. Anak yang perlu jasa mereka.
Mereka yang membelai dan memanjakan engkau.
Jangan biarkan mereka kecewa.
Dengan kemalasan engkau.
Wahai farah.
Bangunlah wahai engkau.
Jangan kau leka dengan hal dunia.
Jangan kau leka dengan hal hati.
Kejayaan itu akan datang.
Dengan hasilnya usaha engkau,farah.
Hahahaaha jodoh?
Jodoh itu pasti.
Aku bukan memilih tapi....
Aku yakin ada jodoh itu.
Biarlah aku persiapkan diri dulu.
Sebagai insan yang patuh kepada-Nya.
Sebagai anak yang taat.
Sebagai kakak/adik yang berguna.
Sebagai pelajar yang cemerlang.
Bila semua stabil.
Bukan setakat cinta....
Anak,harta akhirat.
Semuanya.
In sha Allah 😊
Aku masih insan biasa.
Masih insan normal.
Waalaikumusalam.
P/s: aku adalah aku. Terima aku seadanya.