Monday 22 August 2011

sakit hati tahu tak ?

assalamualaikum .

firstly , suka hatilah apa yang aku nak tulis nih , terasa padan muka ! huh ! hahaha , ini memang kes geram sangat . haha , tapi insyaALLAH emosiku akan lebih terkawal setelah meluahkan semuanya bersama sahabat handai syasya nabilah , fatini yusri , dalila sa'adah & arnie azmida . thanx yaw buad korang kerana menolong aku menenangkan hati yang tengah hotsss .

okay , cukuplah aku cakap sumpah aku sakit hati ! pasal apa , biarlah ini menjadi rahsiaku dan sahabat handai . disebabkan sakit hati yang terlampau , kurang pahala aku ,. aisshhhhh ingat senang ke ? takpelah , aku berhijrah . huhu . first time aku marah orang tanpa melakukan apa-apa . ohh myyy goshh , saya sudah berubahlah . saya bangga jadi diri saya .. fewiiitttttttt , gedik nak mampus aku nie . maaf , buang tabiattttt :")

kawan-kawan , saya dah tak panas baran dah ... tapi .....................

air mata jadi peneman :"(

arghhhh menyampah betul . tape tape , perempuan memang murah dengan air mata kan ? termasuk jugak aku . husshh , aku kalah . ohh yeahhh ? so what ? ini aku ... *bangga*

okaylah , kerja beratur menunggu aku menyiapkan ,. hahaha , mulai sekarang aku ada azam baru semangat baru ! doakan aku untuk mencapainya . argghhh , aku takkan tewas dengan makhluk sebegitu rupa . hate you ! wassalam :D


Wednesday 17 August 2011

aku tak tahulah .


assalamualaikum ,

sudah lama tangan ini tidak menaip dan mengkhabarkan berita serta mendiamkan diri . bukan kerana diri ini terlalu sibuk tetapi gara-gara masa yang banyak menyekat . biasalah bulan puasa , balik sekolah saja rasa nak tidur . penat tetapi tak tahu yang membuatkan penat .

bagaimana kita mahu meneruskan suatu hubungan itu jika hati kita tidak pasti ? bagaimana cara untuk istiqamahkan hati ini ? bila terkenang semua kenangan lalu , terasa diri ini telah memungkiri satu prinsip satu janji . tewas ? adakah tewas perkataan yang sesuai dengan diriku ? tewas dengan hati dan dek nafsu diri sendiri ! kenapa kita menyedari kesalahan kita lambat ? kenapa ? kadang kala aku merasakan aku hanya mementingkan diri sendiri !

alangkah indahnya jika masa boleh diundurkan . tapi malangnya masa itu emas . betapa ruginya diri ini kerana telah banyak membuang masa dan membuat perkara yang tidak penting ! alahai lemahnya hamba-MU ini YA ALLAH . apa yang aku rasa kini , semuanya beban bagiku .aku tidak tahu kenapa . sehinggakan aku rasa diri ini tidak berguna ...tak patut aku beremosi di blog kan ? tapi inilah yang aku rasa . aku rasa berat . aku tak mampu YA ALLAH .

jika aku diberi peluang , aku ingin mengundurkan masa di mana aku masih berpegang prinsip aku . ya rabbi , aku memang tewas ! orang tak mengenaliku sepenuhnya , hanya melihat dari segi luaran tetapi tiada siapa yang tahu apa yang aku rasa ... apa yang aku pendam ... betullah kata orang .. kegembiraan di wajah mampu menutup segala keresahan , kesedihan .


so konklusinya jangan sedih-sedih . kita happy jelah . buang masa kita melayan perasaan yang sering mendera hati dan jiwa kita . alahaiiii tangan dan mulut boleh berkata demikian , tetapi hati ? lain pula katanya . okayyy , nurfarah syazana jangan bersedih lagi ! 


*******************************************************************************************************

esok ada teknik menjawab sejarah SPM . huhu , cuak pulak rasanya . yelah , baru tingkatan 4 , dah ada teknik menjawab .. siapa tak takut ? rasa macam tahun ini pulak nak ambil exam . okayyy lah , habis waktu onlineee , salam ,, tatattatata :D

Friday 5 August 2011

kuih raya ?

assalamualaikum ,

mama cadang nak buat kuih raya sendiri . weeee , kitew sukeee nak sepahkan dapur . HAHAHA . and kitew sukee tengok mama je . hehee , *tarak guna punya anak* HAHAHAA .


selama ini , mama busy .. asyik makan kuih tunjukk je . sekarang dah rajin , boleh buat kuih raya banyak-banyak . grr , kitew excited terlebihlah wokkk .. bila dah lama tak update blog , dah tak tahu nak taip apa . KITEW SUDAH BLUR .




INI je kutt untuk hari ini . kitew blur sangat nih . hahaha . selamat beribadat kepada muslimin dan muslimat :D
wassalam :)



amaran : kerinduan tahap melampau :(