Friday 28 December 2012

Dugaan betullllll -.-

Assalamualaikum. hai hai. adeh penatnya. ingat boleh selesaikan benda-benda yang dimintak oleh manager KFC tu, tapi ternyata hampeh! satu pun tak selesai. dah ke hulur ke hilir meredah taffic light berpuluh-puluh kali dan akhirnya pulang dengan tangan kosong dan hampa. shit.

Mula-mula pergilah Maybank dulu. sebab bank ni selalunya cerewet. Dan kenyataannya memang tepat! TERSANGAT CEREWET -.-' Then pergilah hospital manjung nak buat cucuk. Pegi-pegi diorang kata buat kat sitiawan. memang sitiawan dengan manjung ni dekat pun. takpelah, pergi ajelah. sampai sitiawan pulak, dan-dan pulak nurse tu kata "dik cucuk tak boleh buat. ubat habis. tahun depan baru ada."! Nak amek kau sebijik! sakit tak hati -.-'

sekarang tak tahu nak buat apa! EEiii germa! kbye. assalamualaikum. 

KFC.

Assalamualaikum. Hai hai. Okay, gua pernah cakap gua nak kerja kan. So gua dah cari and dah dapat. Alhamdulillah. Senang saja urusan gua. Just apply KFC and interview. Tiga hari berturut-turut turun tempat yang sama dan agaknya diorang kat situ semua dah jemu tengok muka gua yang comels ni. Ahaks!

Gua ni suka bercakap tapiiiiiiiii bila kena berhadapan dengan orang penting or yang tak kenal ke, gua jadi macam over-shy! Rasa macam mengada pun ada, tapi itulah realitinya. huhu so nasib baik ada cousin yang tolong cakapkan. hehe that's mean gua sebenarnya takde pun kenangan apply kerja bagai ni. hehe

Okay, hari pertama datang apply kerja. Tapi tak terus pergi tanya manager. kitaorang duduk dulu kat meja. bergaduh siapa yang nak cakap --' ahaha nampak tak ketakutan melanda diri! hahahahaha so,kitaorang decided pura-pura beli makanan. habis melabur duit gua... isk isk isk. terpaksa :P isi borang semua bagai dan manager pun cakap "esok datang interview pukul 4 ya."


Dan esoknya kitaorang datang awal gituuuuuuu. haha yelah, tak pernah interview kan. hehe semangatlah sikit.*jakun kau ni syazana* dengan sabarnya, kitaorang tunggu untuk di-interview sampai pukul 4.30...cousin gua dah bebel macam mak nenek dah. haha tapi gua sempoi je. malas :) haha k bila dah interview bagai, gua dah balik telentang! huhu penat! mengalahkan dah bekerja tahu =p

hari ketiga sebenarnya kitaorang tak payah datang pun sebab dah interview kan. tapi dek tak tahu punya pasal, kitaorang datanglah cakap yang kitaorang dah kena interview. And he said, "oyeke? dah cucuk?" gua pandang cousin gua. heeeee belum la. Bro tu pun cakap, lol kalau tak saya boleh bagi baju harini. K nampak tak melepas dapat baju semalam -.- haaha

So,today is Jumaat! Nasib laaa jumaat. bank bukak! hahaha harinilaaa nak selesaikan semuanya! hantar dan tunggu bila nak koje je. hehe orang masuk sekolah, aku masuk kerja. hm berbeda sudah. huhu okay, masa untuk bersiap-siap. Selamat pagi semua. hehe kboi. assalamualaikum :)

Wednesday 26 December 2012

Credit to My future Imam :)

Assalamualaikum.
Pertama,Saya tak suka memasak dan Tak Pandai pun.
Dan kenapa bila nak kahwin mesti ada "pandai memasak"? Take note , Dear future imam :) Saya tak pandai memasak. Bila mencuba , masakan itu tak seperti yang mama saya buat. Mungkin saya cepat berputus asa kan? Tapi mungkin kehadiran awak Mr Imam mungkin boleh membantu saya kan :P haha


Kedua,MOOD saya memang tak menentu.
Oleh itu, saya harap Mr Imam ialah orang yang penyabar. Bijak nak menangani mood yang tak menentu saya ni. he he he. Sometimes kesian tengok kawan-kawan saya. Yelah. Mood banyak sangat. Sampaikan buat diorang runsing. Kawan, minta maaf ya :) So, take note jugak ya Mr Imam and get ready. haha


Ketiga, saya juga seorang yang kuat membebel. Ya sometimes. Hahaha dan ini normal bagi semua perempuan yang tak lekang dengan label "kuat membebel" ni. Tapi alhamdulillah, tahap kebebelan saya masih di paras yang sangat rendah. Jangan risau ya Mr Imam, hehe :P

Dan seterusnya, biarlah Mr Imam muncul dalam hidup saya. Barulah awak akan tahu sendiri. Yelah. Kekadang apa yang kita cakap pasal diri kita sendiri berlainan dengan orang lain cakap. Jangan risau. Saya bukan MAKAN manusia pun. haha okay, setiap orang ada isteri idaman / suami idaman :) Tak terkecuali dengan saya yang comel sangat ni :P *mohon jangan jealous okay.* hahaha

So, Mr Imam... Saya harap awak termasuk dalam suami idaman saya :P haha

  1. Kuat agama. Sebab nanti awak boleh pimpin saya. Pimpin anak-anak kita.*aceyhh* k abaikan.
  2. Sedap mata memandang :) Biar tak handsome mana, tapi biar ada "nur" bila pandang awak. Sebab nanti boleh menenangkan hati :P eheh
Dah tak sanggup nak teruskan. Sebab? Bila dah ada jodoh tu, semuanya senang. Takde nak ikot sangat ciri-ciri suami idaman or bla bla bla. Btw, Mr Imam , take care. Semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti :) kboi. Assalamualaikum.

p/s : doakan nak interview petang niiii ! yeahh chaiyok3x!


Tuesday 25 December 2012

Interview esok.

Assalamualaikum. Hai hai.
Mohon DOA dari korang semua Yang comels XD
Esok ada interview. Peghh tak tahu laaa. nebussss ni :(
First time nak kena interview. Eceyh.
Takpe Syazana. Kenangan kan?
hehehe


ini saja yang mampu. HAHA -.-
kboi. Assalamualaikum 

Click Button like :


Sekian. Terima Kasih.



Guys,maybe I "insomnia"

Assalamualaikum! Hai hai. Sejak akhir-akhir ini gua susah sangat nak tidur. Penat toleh sana, toleh situ, tapi hasilnya sangatlah meng-HAMPAkan diri gua sendiri. So ada insan yang baik hati bagi tips nak mengatasi Insomnia nia bila gua update kat twitter yang gua sukar tidur and pening kepala :(


Aghh first2 rasa macam tak nak buka. Sebab sometimes orang main tweet merapu-merapu kan, tapi entah macam mana rasa nak buka pulak. So, I click it. And I found something here!


Okay, bila baca semua maklumat yang ado dalam page itu , I was like.... "It's me okay?" *sighh* kenapalah gua ado semua yang dikatakan. Patutlah tidur susah. Orang lain tidur tenang, tapi gua? Terkial-kial nak pejam mata. Dah sejam pun tak tidur lagi. Rasa nak cabut mata ni simpan dalam bekas contact lens tu. Biar tenang sikit. 

So, now I realized....
Aku penghidap Insomnia. *sighh*

Gua harap malam ni gua tidur dengan lena. In Sha Allah. Amin XD doakan gua yuwws *CIPIKA CIPIKI* kboi assalamualaikum .-.

p/s : Harini mood guna "gua". "CIPIKA CIPIKI" ertinya cium pipi kanan cium pipi kiri. k sekian :)

Mohon like page ini :

who knows.....



One day when sky is falling ,
I'll be standing right next to you .
Nothing would ever come between us ,
because I'll be standing right next to you .

Assalamualaikum. Hai hai. Kenapa ya? Even sudah unfriend pun, still teringat kat dia. even dah tukar nombor pun, still ingat dia. and bila baca balik post-post yang lama, membuatkan SAYA ter-SENTAK! hm sebab adanya blog ni, ada jugaklah dia. adanya dia,adalah post tentang dia. adanya dia dalam hati, itu tak mampu nak buat apa-apa!

KENAPA YE SOMETIMES KITA BUAT BENDA TAK SAMA APA YANG KITA CAKAP?!?!
Sentiasa merasakan diri ni tak ber-pendapat dengan hati sendiri.
aughhhhhh ADAKAH POST YANG BERKAITAN DENGAN DIA........
PERLU DI-DELETE?
Tapi mampukah?

Ya Allah.
Kau kuatkan hatiku.
Kau tabahkan hatiku.
Kau cekalkan hatiku.
Kau berilah aku petunjuk yang sebenar-benarnya.
Amin.

Okay, ni saja HOT-sentap dari saya. hihi assalamualaikum XD


p/s : my future husband , don't be jealous XD hehe

Tak matured.

Assalamualaikum. Hai hai. tiga hari hilang. Bukan kerana pergi CAMP tapi hilang sebab merajuk dengan my parents sendiri. Haihh sebab tetibe diorang tak bagi pergi kem tu. Wahh berderai hati kita ni wakkk.. Masa ni buat saya rasa nak cari dia! Nak mengadu kat dia! Tapi bila difikir-fikirkan nasib baiklah saya tak mengadu kat dia. Dia cumalah kenangan. Tak perlulah memulakan kenangan itu semula kan kan? Yewwsss.

Lepas cakap dengan Abah, I was crying! Too hard! Berhingus-hingus kita lap. Penat taw lap hingus ni. huhu Betul sedih kan? Hm 3 days saya boleh merajuks! First time! Tak tahu kenapa, emotional rasanya. Ingat merajuk , diorang nak pujuks macam baby... hikhikhik *nak penyepak sikit syazana oiii! Kau bukan budak kecil lagi* kfine, I getting old now. isk isk isk...

Last2 bila my Abah datang bilik and he said,
"Nak buat sampai bila ni? Jangan sampai abah buat tak tahu pulak!"

Huwaaaaaa kita pulak yang kena ugut. Kita nak merajuk, diorang ugut pulak. Adududuuuu. K insaf dah. Janji tak mahu buat macam ni dah. Hm terserlah sikap ketidak kematangan saya ni kan...... Just sebab CAMP boleh jadi macam ni. Huhu sedih bila ingat balik. Macam tak percaya je saya buat macam tu. Jahatkan?

Mama and abah.
I'm sorry!
sebab sikap tak matang anakmu ini! huhu

Conclusion is jangan buat apa yang saya buat. Tak perlu merajuk tak tentu pasal macam saya. Sebab parents kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Ketahuilah diorang sayang korang like my parents love me. Diorang risau tapi saya pulak mengada-ngada. huhu kboi, assalamualaikum XD

p/s: my future husband, TAKE NOTE YE!

Thursday 20 December 2012

Camp.


Assalamualaikum! Hallo hallo, hehe :D
Just nak maklumkan saya tak meng-update blog ni untuk 3 hari ni.
Iaitu bermula dengan hari esok,jumaat sampailah hari ahad.
Okay. jangan rindu-rindu yaaa!
kboi >.<

Wednesday 19 December 2012

Marriage. WOW!

Assalamualaikum. Topik hari ni kahwin. hahaha terasa lawak pulak. then ada pulak my "sahabat" text saya. so hidup haruslah enjoy. ye dokk ANIS FATIHAH? Hahahahaha inilah sedikit ceritera berbalas mesej dengan anis ni. hehhee

Anis : hahaha apa buat ?

Saya : pergi kursus kahwin tadi.

Anis : kau biaq betoi?

Saya : yelah. ada orang masuk minang. hm

Anis : waaaa.betoi niii? story laaa

Saya : hm dia navy. kau nak tahu apa je?

Anis : waa,seronoknya! kawan aku nak kawen!

Saya : gila apa? aku ni budak lagi laa.. mamat tu pun satu...
buta ke tengok aku ni...budak lagi..haih

Anis : pastu, kau terima? macam mana dia kenal kau?

Saya : dia suruh fikir elok2. dekat lumut. aku pegi lepak dengan member aku.
tetibe dia datang.

Anis : dia memang dah kenal kau ke?

Saya : entah. dia tak cakap pun.

Anis : pastu? kau cakap apa? dia dah jumpa parents kau?

Saya : aku malas nak layan pun. dah. haritu.

Anis : pastu? mama kau cakap apa?

Saya : dia suruh fikir elok2 je. tapi kan seronok jugak kan. dapat nafkah. wuwuwu

Anis : wooo,nampaknye,kau kawen dulu la camnie!

Saya : hm tak confirm pun lagi.

Anis : woho. buat istikharah belum?

Saya : OTW. huhu nanti "ehem" macam mana?
ehem ni merujuk pada ex. k abaikan yang ini. hehe

Anis : Aik? kau ni kata tak sayang dah.

Saya : tipulah tak sayang.

Anis : hahaha so istikharah laa. Dia maha mengetahui.

Eceh kawan aku. haha teruja betul bila dapat tahu aku nak kahwin. hahaha adoi. Tak menyempat dah update status cakap kawan nak kahwin. hahaha


Haha disebabkan kesian pulak tengok kawan saya yang lurus bedul ditipu , saya pun mengakulah. haha rasa jahat pulak kenakan sahabat macam tu. Yelah nampak sangat "keterujaan" dia tu. haha



So, disini saya nak cakap yang I am still single. No marriage now. or engaged now. I am young okay :D Not for now. But in shaa Allah. Kalau ada, memang kat sini laaa saya nak merapu-meraban. haha kat sini jugak la mungkin saya akan mengumumkan apa-apa. hehe so conclusion is saya tak kahwin lagi. tak puas lagi hidup membujang. hihi 

Oleh sebab musim kahwin sekarang ni, maka eloklah saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pengantin di Malaysia dan sebagainya. Semoga bahagia dan kekal selamanya. Hehehe XD so bye. assalamualaikum ^_^


::Target Nak Kahwin Umur 25 iaitu pada tahun 2020 :) hehehe

Tuesday 18 December 2012

Kesabaran itu perlu.

Assalamualaikum. Hari ni cukup senang hati bila puzzle yang dibeli beberapa bulan yang lepas sudah siap! hehe beberapa bulan yang lepas.*ulang semula* haha memang ceritanya nak buat puzzle ni kena ada TAHAP KESABARAN YANG TINGGI. Dan sekarang saya berjaya menyabarkan diri supaya tak mengamuk dan tidak menyimpan semula puzzle di dalam kotak seperti beberapa bulan yang lepas. Ini pun buat berdua. Kalau seorang, mesti kena lagi sabar kan? So, conclusion is buat puzzle ni sangat mencabar sebab :

  1. Menguji tahap kesabaran kita.
  2. Memupuk semangat kerjasama! ^_^ *thanks cousin.
  3. Lenguh badan buat benda alah ni.
  4. Kalau salah, rasa nak kumpul semula dan simpan dalam box dan tak buka selepas beberapa bulan pulak. hehe
Dan sekarang dah siap. so nanti nak frame kan and letak kat dalam bilik. hehe nampak tak jadi lepasan SPM ni sangatlah membosankan. sedikit gambar sebelum dan selepas puzzle disiapkan. Hehe!





And finally.............. finished! Hasilnya memang memuaskan hati ^_^



So, now kotak dia dah boleh disedekahkan kepada Encik Tong Sampah.


And, inilah penganggu tetap dalam menyiapkan puzzle ni. haha my adek gemok!


Okay, so banyak sabar. Nak tahu banyak sabar, buatlah puzzle. hehe kboi. assalamualaikum XD

Tahniah buat kak MARIA ELENA :)


Assalamualaikum.
tahniah buat kak Maria Elena dan husbandnya! 
semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
amin XD


Haha. diorang sweet sangat :) 
Congrates again.
chaww dulu. byebye.
assalamualaikum...

p/s: "SHE" idola saya untuk berblogging. hehe XD

Monday 17 December 2012

Berita sedih.

Assalamualaikum. Ini berita sedih untuk saya je. saya je :( tsk tsk tsk. tadi beria-ria cari penimbang kat mall. then bila timbang.......... BERAT SAYAAAAAAAAAAA NAIK !!!!!!!!!!!!!! Huwaaaaaaaaaaa patutlah rasa berat semacam. huh! tak kira, lepas ni kena cari kerja then diet -.-


saya tak mahu obesiti! huhu kena diet nieee. Oyee, kenapa agaknya perempuan ni lemah sangat bila tahu berat badan naik? Jawapannya ialah :

  1. Keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru akan merundum.
  2. Takut boyprens tinggal *saya tak termasuk dlm golongan ini*
  3. Malu nak jumpa sanak-saudara terutamanya yang suka bergosip.. contoh macam, "Eh syazana, gemoknya sekarang!" dan waktu ni rasa macam nak hempuk semua orang. hehe
  4. Rasa letih nak buat kerja. hehe
AHAKS. itulah sebab munasabab yang diketahui. yang terselindung itu tak dapatlah nak diberitahu kerana tiada sebarang kajian dilakukan. hehe.


okay, sekian saja berita sedih saya. huhu. Assalamualaikum! *lap hingus lagi*

Ketagih KOREA?!

Assalamualaikum! Haaaa mudah jaaa. Layari laman web www.maaduu.com ! Hee selamat bergembira dengan menonton filem korea kegemaran korang XD


Ahhaaa mungkin ramai yang dah tahu. tapi tak salah untuk berkongsi right? chawwww first. byebye. assalamualaikum :D

JOM sertai Kem remaja sinergi!

Assalamualaikum. Hai hai. Nak promote kem ni. So, sesiapa yang nak join boleh PM saya di facebook atau pun di twitter saya sebelum hari Rabu, 19 December 2012. Kem ini akan diadakan pada 21, 22 dan 23 Disember 2012. Had umur pulak 15 tahun - 18 tahun. Pelbagai aktiviti yang menarik yang akan diadakan. Jomlah libatkan diri bersama dalam KEM REMAJA SINERGI :D


*mohon click pada gambar untuk maklumat lebih lanjut.*

Yang lelaki, lelaki sahaja. Yang perempuan, perempuan sahaja. Mehlah join ramai-ramai. Saya pun akan sertai jugak pada minggu ini. selain itu, kita dapat mengenali kawan-kawan yang baru :) heee assalamualaikum ^_^


P/s : tak rugi punya. Bayaran RM80. dapat sehelai baju. hehe fikirkan :)

Sunday 16 December 2012

Magazines.

Assalamualaikum! Okay,disebabkan mempunyai cuti yang panjang, masa yang banyak, maka lebih baiklah saya merapu-meraban kat blog ni. Haha ingatkan lepas SPM syoklah sangat, rupanya banyak benda yang terLUANG dengan perkara yang tak berfaedah iaitu TIDUR. Haha tipulah kan kalau korang tak terlibat sama melainkan korang terpaksa bekerja. Itupun kalau takde syif mesti diluangkan dengan tidur right? hehe *pakar dah nie* Okay,stop cakap benda nonsense. hehe kalau bukan tidur lambat itu, bukan saya. why? sebab saya ni berkawan dengan burung hantu menyebabkan saya banyak berjaga waktu malam dan banyak berdengkur di waktu siang. so setiap kali bangun, breakfast will be my lunch ^_^ jimat kan? *Hakktuihh setiap hari kena bebel do*




So, saya membodek mama saya untuk membeli magazines. Almaklum kerja tak, fulus pun tak masuk. majalah ni banyak memberi info yang menarik dan sesuai untuk orang berdiet seperti saya dan orang yang suka pelbagai fesyen. hehe silalah membelinya di kedai buku yang berhampiran dengan kediaman anda! haha assalamualaikum!

P/s: sedang menangani MALAS untuk membuat senaman -.-

Saturday 15 December 2012

Permohonan UPU bagi lepasan SPM dan STPM.

Assalamualaikum. Mesti ramai tertanya-tanya bila boleh mohon upu kan. so,inilah jawapannya.

7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka. 
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013
30 NOVEMBER 2012 : PEKELILING - PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014 
>> LEPASAN SPM/SETARAF
>> LEPASAN STPM/STAM
>> LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
>> LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
>> 
KEMASUKAN KE SIJIL & DIPLOMA KE TEVT(POLITEKNIK) DAN ILK LEPASAN SPM & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

So, fikir baik-baik nak mohon mana. jurusan apa. dan tunggulah masa permohonan dibuka ye! hehe kboi,assalamualaikum ^_^


P/s: tengah bengong nanti nak mohon mana dan jurusan apa *_*

Petua petua baik... In sya Allah :)

Assalamualaikum. hari ni nak kongsikan apa yang aku dapat daripada usrah aku iaitu srikandi solehah. ehem,hari ni aku tak mahu bahasakan aku lah,tapi nak bahasakan "saya". hehehehe okay,petua ini daripada Imam Syafie. Semua orang mesti tahu kan Malaysia mengikut mazhab syafie. So Imam Syafie ni ialah pengasas mazhab syafie...

Yang pertama ialah 4 perkara yang menajamkan fikiran. Apa benda eh? so saya nak sharelah untuk kita semua. Antaranya ialah bercakap dengan orang yang soleh, tidak banyak berbual kosong, bergaul dengan para ulama' dan rajin bersugi(gosok gigi). Nampaknya kita selalu berbual kosong yang tak mendatangkan faedah kan. so kita kena try berubah kan. rajin bersugi in sya Allah kita boleh amalkan setiap kali sebelum solat kan? Takda yang mustahil untuk berubah ke arah kebaikan dan menajamkan fikiran kita.

Yang kedua ialah 4 perkara yang menajamkan mata. haha jangan sampaikan juling biji mata pulak.. so petuanya ialah duduk mengadap kiblat, bercelak sebelum tidur, memandang yang hijau dan berpakaian bersih. Mudah je kan? bolehlah kita amalkan.

Yang ketiga ialah 4 perkara yang menguatkan badan. Ha nak bagi tough sikit badan supaya tak mudah dapat penyakit. hehe abang-abang yang tough tu mesti selalu amalkan benda ni eh? *k menggedik sekejap* Antara petuanya ialah berpakaian dari kapas, memakai haruman, memakan daging dan kerap mandi. Ha baca elok-elok! KERAP MANDI! hehe jangan sekali mandi sehari... Macam mana nak kuat kan? he he he

Yang keempat ialah 4 perkara yang merosakkan mata. Huishh gaya macam biasa buat je. Antaranya ialah melihat orang dibunuh, membelakangkan kiblat, memandang najis dan memandang kemaluan! ha janganlah buat dah... Tu mata rosak. hihi

Yang terakhir ialah 4 perkara yang melemahkan badan! Antaranya ialah banyak minum ketika makan, banyak makan bahan asam, banyak bersetubuh dan selalu cemas! Alamak! terasa pulak. huhu lepas ni tak boleh dah amalkan benda-benda ini KECUALI BANYAK BERSETUBUH. Masih dibawah umur dan dibawah jagaan mama abah saya ^_^. *k jangan layan*

So,inilah petua Imam Syafie untuk kita. Mulai hari ini,marilah kita cuba mengamalkan benda yang baik dan meninggalkan benda yang memberi effect kepada kita. chaiyok chaiyok! amin. ini post untuk hari ni. dan untk pengetahuan kalian semua. semoga ia berguna kepada semua orang. kboi, assalamualaikum !

hi, I'm back!

assalamualaikum.....hiiiii seminggu sudah tak meng-update blog..holiday ke kampung tercinta dengan membawa pulang semua masalah dan kini masalah itu tiada dah ^_^ memang pulang ke kampung ni terapi untuk aku lupakan masalah eh. haha bolehlah nanti. ada masalah,beli tiket balik kelantan. duduk seminggu,mengadap nenek-nenek aku kan. hm boleh boleh.

So,now......
I can let you go..
away from my mind...
but I can't let you go from my heart...
I do love you.
but nothing impossible right?
I know oneday..I can let you go from my heart too....
I believe on myself..
I know I can do without you..
I am just waiting that day :"D

haha! okay,even aku balik kampung pun..aku ada juga masalah.cuma kecil punya hal saja :) rasanya tak perlu nak besarkan perkara kecil yang tak penting dan tak memberi effect kat kita...so,just enjoy my life...so,mulai 12.12.12 hari tu,aku dah tekad...aku takkan ambil tahu pasal dia..aku takkan kacau dia...aku akan teruskan hidup aku..aku takkan menghampakan diri aku lagi..aku akan try lupakan dia..dan aku mula tutup hati untuk terima mana-mana pun lelaki dalam hidup aku. cukup dia selama ni..dan aku malas fikir. hehe eleh,takda lelaki pun boleh hidup..boleh shopping banyak..tak perlu jaga hati orang lain..kan kan?hehe tapi andai suatu hari nanti hati aku akan terbuka,aku harap lelaki itulah yang terakhir...dan sekarang,fokus aku cuma keluarga,kawan,belajar,cita-cita dan impian!

lagu ni sekarang tengah famous. orang yang nyanyi pun cantik. so enjoylah :D


nanti aku akan sambung berblogging..nanti I'll try cerita benda-benda yang menarik kat kampung aku :D so,now nak buat something dekat blog aku comot ni! kboi,assalamualaikum!

Friday 7 December 2012

Hai. Selamat malam.

Assalamualaikum...

tiba-tiba rasa sesuatu bila baca post yang lama-lama. lawak tapi terkesan kat hati. saat bahagia,sedih,tak malu...ahh senang cerita memang semua ada..dan bila bacanya sekali lagi,ianya janggal..sebab semuanya berbeza..dulu dan sekarang....okay,lupakan apa yang cuba aku maksudkan..heeeeeee XD

CARA2 NAK KURUS MENGIKUT CARA AKU :p

  1. tidur lewat malam! hahahaha jangan makan apa-apa dah waktu ni...hehehehe
  2. makan bijiran...*heee aku pun baru nak mula belajar istiqamah makan bijiran....
  3. kurangkan suka mengunyah! *yee,aku pun tengah try T.T
  4. dan akhir sekali,banyak-banyak minum air kosong :)
Okay. haha chaiyok-chaiyok to me! yeahh...hahaha I think I've lost my brain.hahaha so I need to go...salamun alaik XD

Alaaa :(



Assalamualaikum......hmmm bangun-bangun dapat mesej..."Farah,jom pergi reunion hari selasa ni kat AEON." alaaa kome ni memang saja je kan.... nak balas kredit takda. hahaa malang malang. k apa yang nak share sekarang ialah member sekolah rendah ajak buat reunion dan aku? kemungkinan tak dapat hadir. Aigooo*orang korea mengeluh,heee* mana boleh join! aku balik kampung laaaa. tsk tsk tsk dah la lama tak jumpa dan mungkin tak dapat join. huh sedih rasanya. mama,tak nak balik kampung boleh? heeeee XD tapi tak mungkinlah aku nak duduk rumah sedangkan mama and yang lain balik kampung...kalau kampung aku dekat bagan datoh takpa lah jugak...ni dokk,kelantan kampung aku >.<

huhu malangnya nasib...tapi nasib baikkk laa dengan mulut aku yang comel,jari runcing aku yang mengayat supaya menukar tarikh reunion dipertimbangkan...hehehe rasa jahat pulak...haha biarlah. bukan selalu..nak jumpa balik bukan senangkan? so kita kena pandai :) heeeeeeee btw,doakan aku boleh pergi reunion sekolah rendah aku...lepas ni,semua dah busy...nak siap lesen laa..nak kahwin laa..nak kerja la..macam-macam pulak alasan nak jumpa nanti...heeeeeeee sekali lagi,doakan aku yeeee ^.^ kboi. assalamualaikum :>

p/s: rumah dah kemas. so mama tak perlu bebel kat aku lagiii..heee sambung layan koreaaa XD *terjangkit*


Can I say....

Assalamualaikum. tengah sibuk-sibuk cari gambar dan ternampak pulak gambar dia. kawan baik. ya,tersangat baik. dan semuanya kenangan. dan itu sangatlah menyakitkan hati. dia yang selama ni aku sayang berubah. mungkin dia nak menjadi yang baik. Ya,aku tahu bukanlah seorang kawan yang baik. bukan sahabat yang baik untuk dia. It's my fault. Yes. hmm


Kini kau pergi. pergi tinggalkan kenangan.so aku boleh cakap aku kehilangan kawan baik kan. dan itu sangat menyedihkan aku. ceh*jangan nanges* huhu aku kuatlah. bukan kau seorang je boleh berlagak kuat.aku pun sama!

anis fatihah duyamin
nurul fadzlina hussin
siti nur shafiqa abd rahim
nurfaizah
norfaiqah nordin

Dan yang tinggal kenangan...cuma dia.....huhu susah jugak nak berbaik semula walaupun aku tak tahu mana salah aku. taktahu mana salah lima orang kawan aku...dan yang pastinya,aku sentiasa nak dia ada dengan aku sampai bila-bila. tapi dia sendiri menolak. dia pun macam tak gembira jumpa aku. nasib ada anis,fadz ngan faizah...kalau tak,menyesal tak sudah aku pergi melawat diorang. Hm...k abaikan.apa nak buat kalau ada yang dah tak sudi berkawan baik dan bersahabat dengan aku..................
Aku ada kawan yang ramai. aku sayang semua. dan paling aku sayang sekali,geng kami kuaci! huhu tersemat di hati selalu :D dan yang paling banyak bersabar dengan aku syasya nabilah XD

terima kasih sudi berkawan dan menahan sabar dengan aku. hehe almaklum..kalau dunia boleh ada 4 musim,aku ada pelbagai musim dan hanya beberapa orang yang boleh masuk dengan musim aku sendiri. hehe...btw,I proud to be myself XD hahaha lastly, I LOVE YOU ALL SAHABATS. DUNIA AKHIRAT. HOPEFULLY KITA AKAN KE SYURGA TOGETHER.... YAWWSSS xD HEEEEEEEE! Assalamualaikum.

Once upon a time........

Assalamualaikum. Huh pepagi buta barulah Mr.Blogger ni baik-baik dengan aku.Kalau tak,dia langsung tak bagi aku menaip. Ni yang sayang muah-muah kat Mr. Blogger. *hee,jaga hati sebelum dia buat perangai balik* Hm okay,sekarang dah pagi. Ouh pagi. Menjadi burung hantu la kerja aku cuti ni. Hm berat meningkat. Tinggi maintain. Tsk tsk tsk T.T mungkin salahku kerana kurang makan calcium untuk meninggi. he he he..... lagu ni mama suka dengar so berjangkitlah dengan anak daranya iaitu AKU yang comel ni. haha k perasan lagi.


Lagu ni sedap didengar oleh telinga aku.huhu mungkin ni gara-gara taik telinga berkumpul di dalamnya.heheheee...maaf maaf.haa harini aku bangun awal sebab nak hantar buku teks.*setiap hari aku bangun awal sebenarnya,solat subuh dulu then katil memanggil semula*heeeee k teruk tu.I know.huhu malu jugak la nak datang skolah kan. dah lama tinggalkan. cewahh*nah tampar kau sikit syazana oii* haha yelah,senior yang comel dan agak kerek di skolah. huhu k,lepas tu merayap-rayap la kat AEON yang baru bukak dan menjadi pujaan hati budak-budak remaja seperti aku ni untuk dating. OLOLO sweet korang sampaikan aku rasa nak lempang-lempang korang. hahaha XD bukan apa,ada mak ayah yang percayakan kita,then belakang dia kita tipu dia. Bad right? huhu

K abaikan pasangan-pasangan yang sweet bagai tu. Lepas dah jalan semua orang dan tegur semua member aku yang bekerja disitu,belilah ayakk kat cool blog...*tak sangka kawan2 aku dah kerja*huhuhu

DIA : kesian aku farah. Dahlah kena  bangun awal.
AKU : HAHAHAHAHA gaji pertama belanja aku ye!
DIA : emm..belanja aku cool blog.lapar ni...
AKU : aku tak kerja macam kau. hehehe....
DIA : kau tak kerja ke?
AKU : kerja.jadi cikgu kot.HAHAHA percaya tak?
DIA : haha aku percaya...*dia senyum waktu ni* haha

huhu tak sanggup berlama di situ tambah pulak dengan kekacakkannya -.- hahaha aku bohong dan tolong jangan percaya. dia tak kacak pun. hehe harap-harap dia tak baca! yeah! hhehehe dah teman ekin minta kerja semua...aku pun tersenyum..aku bila laaa nak kerja ni...hmmm...penganggur terhormat di rumah XD balik je rumah,online...penat tidur...Haha inilah kerja aku! hm bila ye aku nak belajar memasak? Zuupppp teringat pulak mama cakap..."Ayam ada dalam peti,kalau masak buat sup pun boleh." dan aku dengan malasnya mengatakan aku malas. haha k aku teruk. aku tahu. hmmmmm 

okaylah nak sambung tengok cerita korea.heeeee esok ingat nak masak...tapi.........hm..........k la.nite semua.Assalamualaikum XD heeeeeeeeeee

Tuesday 4 December 2012

jadi babysitter?

assalamualaikum. cuti yang panjang tanpa PLKN menyebabkan aku terpaksa mencari kerja. huh! takpalah. suruh diri aku berdikari la katakan. so,oleh sebab abah aku buka tadika,so aku ingat nak kerja dengan my abah. hehehe act malas nak cari kerja. hahaha. namun apa kan daya.gayaku yang ganas,seorang yang garang then tetibe kata nak jadi babysitter! hahahahhahah k aku sendiri tak boleh terima kenyataan. tapi takpe, nampak ganas luar. tapi dalam hati lembut,penyayang,sensitif dan sebagainya! hahahaha


p/s: ingat nak upload gambar. tapi ada masalah teknikal! ampun ya bakkkk! hehhehee assalamualaikum.




Monday 3 December 2012

#1

Hari yang paling sedih buat diriku apabila aku pulang ke Malaysia dan mengetahui mama dan abahku telang kembali ke rahmatullah. Kenapa KAU tarik nyawa mereka sebelum aku sempat berjumpa dengannya? Kenapa ya Allah? Kini aku seorang diri dalam dunia ciptaan-Mu. Sungguh aku lemah ya Allah.

"Aisyah Farahin!"panggil maklang. "Ya maklang. aisyah kat sini."sahutku sambil mengelap saki baki air mataku. "Dekat sini rupanya. penat maklang panggil. kamu tak dengar ke tadi?"tanya maklang. "Ouh. aisyah minta maaf. aisyah tak dengar pun maklang panggil. kenapa maklang panggil aisyah?"aku cuba senyum walaupun itu senyuman pahit. "hm,maklang dah kena balik. paklang kamu tu ada kerja. kamu nak ikut sekali ke? Ke kamu dah nak balik ke Perth tu?"tanya maklang lagi. aku terdiam. kini semua orang kembali melakukan tugas masing-masing selepas tiga hari bacaan tahlil untuk mama dan abah aku. "aisyah."panggil maklangku lagi. "Ya,maklang."aku tersenyum kembali. "maklang tahu susah nak terima hakikat. tapi redha la nak. Allah lebih sayangkan mama dan abah kamu. Jangan menangis lagi. doakan untuk mereka."maklang cuba memujukku. "Ya maklang. aisyah tahu. aisyah tengah cuba. aisyah tengah cuba terima yang aisyah sekarang ni dah jadi anak yatim. aisyah sedang terima maklang...",sekali lagi aku menangis. menangis di riba maklangku yang merupakan adik kepada mama.

"Maklang ingat nak bawak kamu balik sama."ajak maklang.
"Ha takpalah maklang. aisyah kat sini bukan lama pun. lusa dah terbang balik ke Perth dah."aku senyum.
"Hm kalau macam tu, takpa lah. pandai-pandai jaga diri. Belajar elok-elok."pesan maklangku.
"baiklah maklang. Insha Allah"jawabku. Aku menghantar paklang dan maklangku di depan pintu. aku menyalam kedua-dua tangan maklang dan paklangku dan secara tidak sengaja,air mata jatuh sekali lagi.

"Jaga diri nak. nanti balik sini,tinggallah dengan kami."pesan paklang.
"Baik paklang."aku mengesat air mata semula. Aku melambai-lambai tangan kepada mereka. Ya Allah,sungguh aku lemah namun aku yakin setiap apa yang terjadi ada hikmahnya,.

*******************************************************************

aisyah,bila kau nak balik Perth? Kenapa lama sangat kau kat sana?

Alamak, aku lupa nak beritahu Melina pasal ni.

Mel,I'm sorry. Mama and abah aku dah meninggal. Baru 4 hari yang lepas. that's why aku tak balik lagi. lusa,I'll back. 

Butang send ditekan. Baru aku nak masuk ke tandas,satu panggilan telah masuk. Eh takkan Mel ni cepat betul dapat sms aku tadi. Hm lalu aku mengambil fon semula dan nombor tak dikenali mendail aku. siapa eh? malaslah nak angkat. aku terus mencampak telefon ke atas katil.

Seusai selesai mandi,aku mendapati ada 22 missed call dan 1 mesej daripada Mel. Hm siapa yang call aku banyak kali ni? Namun aku abaikan lalu membaca mesej dari Melina.

Inalillah. kenapa baru bagi tahu? btw, take care dear! balik sini jgn lupa bagi tau aku. be tough too :)

tersenyum. Melina pandai membuat aku tersenyum. Tiba-tiba panggilan tak dikenali itu mendail lagi. Ah,rimasnya.

"assalamualaikum" alamak suara lelaki. siapa ni.......
"err..waalaikumusalam." jawabku.
"ingat tak saya?"
"siapa eh?"
"Aizat Anas."
"whattttt?!"

aku terus meletak panggilan. Gila! macam mana pulak dia tahu nombor aku ni? tiba-tiba satu mesej masuk.

Kenapa awak letak?Saya baru nak cakap dengan awak.

Kenapalah dia muncul balik.....


*bersambung kemudian..hehhe

kembali semula.

assalamualaikum.

hai. lama rasanya aku tak update. almaklum busy. so? apa lah aku nak share kan bersama. tapi harini aku terlebih rajin tengok post-post aku yang lama. ahaa. rasa lawak :P dan barulah aku ingat. rupa-rupanya misskecikisya.blogspot.com dah berusia setahun 10 bulan dan cuma hanya ada 101 post saja setakat ni. nampak benor busy nye. hehehe


aku pun dah selamat menjalani peperiksaan yang merimaskan aku. haha doakan untuk keputusan aku pulak ye. haish syerammmmnye. selepas SPM ni,aku dapat rasakan aku cuba menjauhkan diri dengan semua kawanku. kenapa eh? sebabnya macam perangai yang aku sendiri tak mampu nak faham. sengaja aku penuhkan masa aku dengan baca novel. sengaja aku nak kerja dekat shah alam. YEAHH. aku memang sengaja......................

minta maaf sesangat. sebab aku perlukan masa untuk diri aku. untuk dapatkan farah yang ceria. I've lost myself. I am broken. I am sad. I am frustated. hahaha XD susahkan jadi hipokrit seronok. hipokrit gembira. sedangkan makan tak lalu. sedangkan tak mampu nak cakap dengan semua orang termasuk keluarga sendiri. hahaha aku tak pernah mengharapkan orang lain memahami aku,sebab aku sendiri tak memahami diri aku. even dia sahabat baik dan rapat macam mana sekalipun....dia takkan dapat fahamkan aku. hahaha

bila suka memendam perasaan....ini lah akan jadi. sedih sendiri. gembira beramai. kenapa aku tak luahkan eh...even aku luahkan kat member yang rapat,aku tahu perasaan sedih aku tak lepas. aku tak tahu nak ceritakan apa. nothing. macam nothing happened. yang tahu,cuma hati dan Allah :)

hahaha okaylah. I need to go. assalamualaikum XD