Monday 30 May 2011

kenapa .... ?

assalamualaikum ,

hey , apa semua update pasal salih yaacob ni ? hm , apa-apa pun congrate to salih yaacob kerana telah berjaya memenuhi kuota . kahkahkah . lawaklah . hm , okay . sekarang aku pulak nak tanya .

soalan ini ditujukan kepada golongan HAWA aje :

KORANG SANGGUP TAK DIMADUKAN ?

kalau aku ? hm , siapa nak .. aku pun tak nak . eshh , tak mahu aku kongsi-kongsi suami ni . tapi bila ALLAH menjanjikan payung emas , tetibe excited pulak aku rela dimadukan nanti . HAHHAHAHA . gile betul aku nie . hm , memang perit , sakit , jealous , terasa or bla bla , tapi ini semua kat dunia je kan ? so , bertahanlah untuk mendapatkan payung emas ! kahkahkah . MAI MAI ADE MADU . *belum tentu aku sanggup :"(*


okay , soalan ini ditujukan kepada golongan ADAM pulak :

KENAPA KORANG NAK KAHWIN LAGI ???

yelah , sebelum kahwin .. perghhhh , ayat ! tak boleh blah . " cuma awak dihati abang ! " , " abang takkan pernah sesekali menduakan awak . " , " awaklah cinta pertama dan terakhir abang . " , " abang janji abang akan setia . " , " sayang , jangan pernah curang nan abang taw ! " or bla bla . tapi tengok !!! siapa yang tinggal siapa ? siapa yang menduakan siapa ? siapa yang curang siapa ? 

ceyy , bila perempuan curang , cepat jeee masuk BERITA HARIAN , METRO , UTUSAN MELAYU , HARAKAH .... eh , harakah tak termasuk .. heeee ~ hah , tersebar luas ! tapi kalau lelaki curang , YA ALLAH susah bebeno nak tersebarnyaaa ! memanglah lelaki boleh kahwin EMPAT ! tapi kalau dah beria-ria sangat . terus terang jelah . ni tak , sorok-sorok lagi . mana tak kena simbah asid , kena halau rumah or bla bla bla . HAHAHA .

bila isteri tanya , " abang , siapa perempuan tuh ? " , " abang nak pergi mana malam-malam ni bang ? " , " abang ada perempuan lain ke hah ? " , " abang jujurlah dengan saya ! " or bla bla .. isteri punya merayu . si suami boleh pulak kata , " kawan saya lah , awak sibuk kenapa ? " , " jangan sibuk boleh tak ? " , " eh , suka hati aku lah kalau ada perempuan lain ke tak ! " , " kau nak aku jujur apanya hah ?! " or bla bla ... kadang-kadang si suami ini sedap hati je kata " AKU CERAIKAN KAU ! " ... perghhh , ayat ini ! aku tak nak dengar sampai bila-bila . seram ! HAHAHAHA .

Sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang artinya) :
“Dunia itu adalah perhiasan, sebaik baik perhiasan adalah istri yang shalihah.” (HR. Muslim)

jadilah isteri yang setia dan taat walaupun dimadukan . bersabarlah kerana ALLAH sedang menguji kita . besar pahala setia dengan suami . tapi kalau suami tak boleh harap , baik lah korang pergi mahkamah . heee ~  takdelah , banyakkan berdoa supaya suami kita berubah :)

aceyyy , aku ni macam orang dah kahwin jeee . HAHAHAHA .. takde pengalaman cuma mendengar cerita daripada orang yang berpengalaman :) heee ~ okaylah , SETIALAH PADA YANG SATU :) tata , salam <3


p/s : nak bergayut dengan aima ... wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ^^

formspring.me

haloooo ^^ http://formspring.me/nonomey

formspring.me

tanyalah apa-apa pun :) http://formspring.me/nonomey

Sunday 29 May 2011

selamat petang ^_^

assalamualaikum ,

hai korang . kih3 .. hari ini aku macam sengal sikit ye . hm , maybe malam ni aku nak tidur awal . hm , asyik-asyik tidur lambat jeh . kesian mata aku ni . lebam macam PANDA . kan ? kesian tak ? hm , cuti ini lah kita kena rehatkan badan , mata , tangan .. tapi aku saja buat anggota aku terseksa .. tak patut betul aku ni kan ? hm , so take care about your healthy !




alhamdulillah . thank you ALLAH . DIA masih memberi aku meminjam anggota ini tapi aku tidak menghargainya . hm , masyaALLAH . semoga aku akan lebih menghargai pemberian dari-NYA . amin :)

***************************************************************

oh ye , ustaz aku pernah cakap . kalau kita dapat musibah , bencana , dugaan atau apa-apa yang mendukakan hati , kita perlulah mengucapkan kata inalillahiwainnailaihir0jiun . * betul ke?* apa-apa jelah . hm , selalu orang fikir ayat tu cuma digunakan bila kita dapat tahu ada orang yang meninggal dunia . rupanya tak . so , amalkan mengucap kalimah itu dikala kita dilanda musibah or bla bla .

one more thing , sepatutnya bila kita dapat musibah or bla bla , we should say thank you to ALLAH because DIA masih menyayangi kita sebagai hamba-NYA . aku nak share cerita tapi aku lupe cerita tu macam mana . ini dari ustaz aku kat SARJANA . hm , kata beliau ... ade seorang nabi menangis apabila beliau tidak menerima dugaan , bencana dan bla bla . * nabi apa ?aku lupe . sorry deh :) * nabi nak hadapinya tapi kita merungut-rungut . bezakan antara kita dengan nabi ? yeah , kita memang tak boleh ikut sebijik-bijik macam  nabi tapi kita boleh amalkan apa yang diamalkan oleh nabi , betul tak ? setiap manusia tidak sempurna . sahabat-sahabat nabi pun lemah , cair dengan godaan syaitan . apatah lagi kita kan ?


entri kali ini , aku pun taktahu kenapa . alim . hm , tapi takpe jugak kan ? ni untuk ingatkan orang lain dan termasuk diri aku nih . aku pun masih lemah dengan hasutan , godaan bla bla syaitan durjana tuh ! sabor jelah . okay .. syaitan . blah lah dari hidup aku !

***************************************************************


okay , tata . ich liebe awk . HAHAHA . lupe lah .. salam <3

chiiitttchitttt

assalamualaikum ,

firstly , aku taktahu nak buat entri pasal apa . ngeee ~ tapi aku nak update jugak . eeiii , masalahnye aku nie .


oh nooo , aku kembali sedih ! kembali bergelinang air mata . 


terima kasih kepada penyampai cerita . terima kasih jugak sebab sudi berkongsi cerita . 
iaitu sahabat baik arwah , syide yuyie .

tapi tak baik kan kita meratapi orang yang dah meninggal ? so , aku akan cuba meredhai pemergian arwah aizat walaupun sukar . aku tahu seksa arwah kalau kita terus menangisi , meratapi orang yang dah meninggal .
so , semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman . amin :) and AL-FATIHAH FOR HIM .

***************************************************************

mula-mula memang taktahu nak tulis apa . sekarang aku dah tahu . hm , aku teringatkan arwah :"( bila ingat , mood akan jadi sedih . so , aku nak ubah . bila ingat arwah , aku nak sedekah AL-FATIHAH . ALLAH sayangkan dia lebih daripada kita sayangkan dia . so , kita kena terima semua ini , sebab ini dari ALLAH . kan ? hm , so , AL-FATIHAH AGAIN :)


***************************************************************

OKAY , next story pulak ye . tadi aku buat lawak bodoh dan sengal . aishhh , sabor jelah . macam mana lah boleh salah orang gitu ? dahlah tetibe kalut , aiseyyyy , segannye !!! especially DALILA SA'ADAH . aku tahu kau akan gelak terguling-guling ... tertonggek-tonggek pun ada rasanya . kan kan ? HAHAHAA .

" wehh , simpan lah rahsia tu yee !!! segan lah kalau ada orang tahu ! "
*mengharap nih*

oh yee , sejak balik dari kelantan , aku asyik nak kecek kelate jah . yolah , sekarang ni tetibe ramai pulak oghe kelantan add kat fesbuk aku tuh . lagi semangat aku nak kecek .. heeeeeee ~ ade geng , baru boleh kecek . kalau takde geng , takde nye nak kecek kelantan . so , selalunya bile balik kampung jelah ^_^

aku takde lah pro kecek kelantan tapi bolehlah sikit-sikit . wiiiiiiiii .. hehe .. malu lah kalau tak reti kecek .. mama abah oghe kelantan tapi anok tokley kecek kelantan . kan kan ? hehehehe . so , sekarang ni aku ade peluang nak improve kecek kelate .. HAHA , macam apa je . tapi seriously budak kelate chumel + hensem ! okay , sampai sini jah sesi memuji . HAHAHAHA . kang ade oghe perasan pulak :)

nanti lepas SPM kut . aku nak belajar masak makanan kelantan . wiiiiiii , ade ciri-ciri nak buat bini tak ? HAHAHA . perasan kejap . nak belajar buat nasi dagang , nasik kerabu .... perghhhh , kalau pandai nanti ... aku nak berlagak dengan anis fatihah . HAHAHAHA . siaplah kau nanti . and aku nak ajar someone makan makanan oghe kelate nih . siaplah dia !!! taknak , aku sumbat dalam mulut dia ! HAHAHA , kejam tak ? kita mestilah memperkenalkan makanan tradisi walau bagaimana cara pun .. kan kan ? HAHAHA ...

OKAYLAH , mata dah penat membaca + melihat . tangan pun dah letih menaip . otak penat memerah . badan pun dah lenguh . so , tata . night night semua . love you all <3 , wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)


P/S : nak study novel esok :)

Saturday 28 May 2011

aktiviti cuti sudah bermula :)

hai hai hai , eh silap . ASSALAMUALAIKUM . hehe ...

bende wajib aku buat :

1. bergayot dengan aima <3 HAHAHA
2. kacau orang .
3. baca novel .
4. jogging .

bende yang maybe aku akan buat :

~ study dehhh <3 ~

selama ini , aku hanya belajar untuk dapat result okay je . belajar last-last minutes . tapi sekarang , aku cuba menaikkan semangat aku . aku mula pasang niat baru iaitu aku nak belajar sebab aku nak ilmu sebagai bekalan aku di dunia dan akhirat . dan aku juga nak mencapai cita-cita . biarpun sukar , tapi kalau kita ada usaha , insyaALLAH ALLAH akan tolong hambanya kan ? so , mari lah kita ubah sikap malas kepada yang rajin .


so , farah syazana ... ! 
kau boleh buat . 
kenapa orang OKU boleh dapat result gempak ...
so aku yang sihat ni takkan tak boleh kot ..
so , JANGAN MALAS-MALAS :)

doakan aku ye <3 
okaylah , aku dah kepenatan .
penat cakap , penat tengok , penat menaip , penat badan .
senang cerita memang penatlah . hehe ~

tata .
salam <3


p/s : kenapa dengan tangan aku ? sakit dehhh :"(

Friday 27 May 2011

20 , 21 , 22 , 23 , 24 haribulan !

assalamualaikum ,

haii , tarikh tarikh ini bermakna gile kat aku .. terlalu sangat , sebab ada kenangan dan birthday orang tersayang time ni ...

20 MAC .


Birthday abah . abah , akak alwez ingat tarikh keramat ini :")

Birthday faiqah ... heyy , aku tak pernah lupa birthday kau . heee ~

21  APRIL / FEBRUARY .


Aku mula bergataiii . HAHHAHA . paham-paham sendirilah :P

and birthday ehem .. *sakit tekak pulak* HAHAHAA ...

22 JUNE !! <3


Birthday aku lah . HAHAHAHA . sure-sure lah bermakna . hehe :)

23 APRIL / JANUARY .


Tarikh special buat aku . ngeeee ~ godiks nye aku nih .. hehe .

23 january --> first time dapat outing dengan KAMI KUACI <3

24 APRIL / MAY


24 april --> Birthday mama sayang !!! hehehe ..

24 may --> and arwah aizat meninggal dunia :"(

***************************************************************

sebenarnya banyak lagi tarikh yang penting . tapi , 20 - 24 hari bulan nie yang selalunya ada kenangan baru . peristiwa baru . peristiwa penting . dan semua ini secara kebetulan je .

12 februari --> birthday afiqah kadri dan ustaz shuah <3


19 februari --> birthday fadzlina ..


2 mac --> birthday faizah dan sara . 


5 mac --> birthday adek angkat aku , anis syafikah :)


20 mac --> birthday faiqah .


24 may --> birthday aima :)


26 june --> birthday anis !!!


10 julai --> birthday tinie .


senang cerita , banyak lagi :) aku ingat je . aku sentiasa ingat ! dun worry eh . memang kadang-kadang aku amnesia kejap , tapi believe me . i always remember ur birthday girls <3

okaylah , time to sleep deh ...

KAMI SUSEN , AKU RINDU KORANG :"(




farahsyazana .

Thursday 26 May 2011

semoga kau tenang di sana :)

assalamualaikum ,

pada hari selasa , pada jam 5.45 petang .. aku tengah sleep sleep .. tetibe amirah kejut aku bangun . aku pun marah marah lah dia sebab ganggu aku tidur . pastu mira cakap ! " cepat ! kemas beg , mama nak balik kampung " .. aku pun pelik .. asal tetibe mama nak balik kampung , cuti belum start lagi . aku pun tanya , " kenapa nak balik kampung pulak ??? " .. mira pun cakap , " EJAT DAH MENINGGAL .. EKSIDEN ... "



air mata aku mula bergelinang . menahan rasa sedih . aku tak percaya ! malah sampai sekarang aku tak percaya yang dia dah pun pergi tinggalkan kami semua .


Pelajar maut, tujuh cedera 


MACHANG - Seorang remaja maut, manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di Kampung Batu 23, Labok di sini, semalam. 

Kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu membabitkan dua lori, dua motosikal dan sebuah kereta. 

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, penunggang motosikal iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Mohd Aizat Adnan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Dua mangsa, pemandu kereta dan kelindan lori cedera parah selebihnya cedera ringan. 

“Sebelum kejadian, kereta kancil dari Kota Bharu ke Kuala Krai dipercayai cuba membelok ke kanan sebelum dilanggar lori. 

“Akibat perlanggaran berkenaan, kereta Perodua Kancil itu memasuki laluan bertentangan yang kemudiannya dirempuh sebuah lori lain dan dua motosikal dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu,” katanya. 

SUMBER : sinar harian


walaupun aku tengok jenazahnya , aku tengok arwah dikebumikan .. aku still tak percaya lagi . semua orang tak menyangka dia akan pergi dulu .

mama nak balik kampung sebab arwah aizat anak kepada kembar mama aku . kalau aku pun , aku akan balik . walau apapun , aku akan cuba terima kenyataan yang arwah dah pun meninggalkan kami semua pada usia yang muda .

aizat , semoga kau tenang di sana .

aku hanya mampu titipkan al-fatihah dan yaasin untukmu :)

sebelum arwah meninggal ,
--> arwah nampak orang baca yaasin ramai-ramai , arwah pun cakap , " orang dok baca tuk aku tuh "
--> selasa , kawan2 dia ajak balek sekali , tapi arwah cakap , " toksay lah , aku nak balik,makan,tidur ! "
--> selasa lepas , 17 mei .. arwah mintak putus dengan makwenye . selasa ni , 24 mei .. arwah meninggal .

sampai sini post aku kali ini . aku tak mampu nak menaip dengan panjang . terlalu banyak nak dikongsikan , tapi air mata ni laju jatuhnye . salam .


al-fatihah buat MUHAMAD AIZAT BIN ADNAN .

aku sayang dia .
aku suka tengok dia .
kini ,
dia tak ada di dunia ini lagi . :"(

Monday 23 May 2011

terasa -,-

assalamualaikum ,

grr , SERIOUSLY AKU TERASA DENGAN APA KORANG CAKAP ! hey , orang yang blogging ni bukan bodoh , bukan gila . cuma blogger-blogger ni menganggap belog ini sebagai tempat luahan , tempat berkongsi pendapat .  setiap orang berlainan pendapat . tapi , aku tak boleh terima pendapat korang tentang blogger ! disebabkan korang , tetibe AKU BADMOOD -,- ... nasib baik ada jugak yang mempertahankan blog . BLOG BUKAN UNTUK ORANG BODOH & GILA .. blog juga bukan semata-mata untuk tayangan . tapi untuk berkongsi cerita ! tahu tak ?! macamlah jugak korang cerita pasal kenangan kenangan korang , apa yang berlaku kat korang semalam tahun lepas minggu lepas kat member korang !!! memanglah kat blog , orang bukan nak baca sangat . itu terserah kepada orang itulah ... kalau korang cerita kat member korang , macam diorang nak dengar sangat je . so , pikir-pikirkan yew !!!

***************************************************************

okay , next story ! tadi exam addmath . grrr , hentam banyak gile . sure lepas ni aku taknak main main dah jawab exam ! menyesal ! taubat ! kenapalah baru sekarang aku dapat kesedaran ??? kenapa tak awal-awal tahu dulu ? tapi aku bersyukur sebab ALLAH bagi kesedaran aku sebelum SPM . kan ? kan ?

lepas nih , aku nak mengutamakan study pulak . memang susah nak buat tapi KITA KENA YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI ! aku kena pikir hala tuju aku nanti . so , berkorban sekejap .. kan ? tolong aku .. hm , lagipun orang yang kuat ialah orang yang berjaya menahan nafsu . okay ? nafsu ada macam-macam jenis nafsu yee ...


aku nak result SPM aku nanti dapat menggembirakan mama abah macam result UPSR dan PMR ! aku taknak result SPM aku lain macam . grr , tak sanggop ! hehe . so , FARAH SYAZANA ! YOU MUST START FROM NOW !!! YEAHHHHH :) hahahhahaa .

okaylah , esok exam last . prinsip akaun <3 grr , say good luck to me ! HAHAHAHAHA . dapat result nanti , aku redha je nanti :) menyesal pun tak guna dah kan ? bende dah lepas . nak buat macam mana ? kbaiiii , salam :)


p/s : dalila sa'adah , jangan bersedih . mungkin ade hikmah di sebalik itu :) k ?

Sunday 22 May 2011

sebulan sudah :)

assalamualaikum ,


yewyewyew ! dah sebulan .. tak percaya betul . mesti korang kata . eleh itu pun nak kecoh .. baru sebulan .. kecoh lah kau .. heyyy , suka hati aku lah . belog aku , luahan aku .. coretan aku ..

first time aku setia ! kahkahkah ! first time couple lebih seminggu . first time aku sayang orang betul-betul . first time aku rasa nak serious . senang cerita ,  INILAH FIRST TIME DALAM HIDUP AKU ! haha , ngada-ngada betul aku ni ..

awak , saya sayang rindu awak :"(

tapi sayang dan rindu saya dekat awak tak dapat menewaskan rasa rindu dan sayang saya dekat kawan-kawan saya !

kawan , aku lebih sayangkan korang . walau punya pakwe , aku tetap akan pilih korang ! korang sentiasa di hati ini ! olwezz dear !

rasa cinta dan sayang itu hadir dengan sendiri . tanpa paksaan :)

dah , cukup sampai disini sesi godikss ! HAHAHA .

so , the conclusion ,


okaylah , nak study add math . :(
kbaiii , salam <3


p/s : doakan kami kekal dehhh :)

saya penatlah sayang :"(

assalamualaikum .

warghhh , seriously aku tersangat sangatlah penat ! tak larat nak jalan dah . makan pun tak lalu sangat sebab terlalu penat . tak pernah aku berkayuh begini sekali ... grr , kaki badan tangan paha betis semuanya sakit !!!


rumah --> stadium --> sekolah ---> rumah 

aku taknak buat macam tuh dah . serious penat :"( menyesal betul . HAHHAA . kalau setakat pergi stadium , okay lagi . tapi kalau pergi sekolah ! NO ! the first and the last . maybe .. hehe .. aku pergi dengan dalila sa'adah .. awak mesti pengsan atas katil lama gile kan ? kan ? HAHAA

lepas zohor .. dah mandi dah solat ... aku tengok tv dulu .. tetibe mata ni jadi layu pulakk . so , aku tidurlah dari pukul 2.30pm sampai pukul 4.50pm .. grr , mantap tak ? ikotkan tak bangun , tapi abah kejot makan pulak . so , terpaksa lah bangun . kang kena bebel pulak . lagi tak tahan nak mendengarnye .. dahlah tengah penat .. so , merelakan jee .. hehee .

hah . dah makan .. kenyang pun mestilah dah kan ? aku ingat nak baring baring .. last tersambung balek tidur ! HAHAHAHA ... sampai pukul 7.30pm ! grr , AKU DAH BANYAK BUANG MASA HARI INI ! dahlah esok exam add math . grr , aku tak ready lagi lahhh . macam mana ye nak jawab nanti ? nganga sudah kan ? kan ? HAHAHAHA .

okaylah , nak buat post baru pulak . kbaiii , salam <3

Saturday 21 May 2011

......

assalamualaikum .

aku tak paham perangai lelaki . eii , susah jugak erk nak paham ? lelaki pun susah nak paham perempuan . so , seri lah kan ? kan ? hehe . ce cite pasal lelaki . aku nak tahu . hehe ... tips tips . please ..... hehe

merepek je aku ni . haha . hah , tiba tiba aku tertanya . dia sihat ke tak ? macam tak je .. tetibe je buat macam tuh ? sakit kut . semoga cepat sihat ye kawan . haha . tapi aku tak suka dia buat macam tu . nanti ada orang salah sangka pulak . grr , nak delete aku malas . HAHAHA .

aku kan rindu lah kat kami kuaci , teman gayot . aku rindu nak kacau orang . aku rindu nak perli perli orang . aku rindu nak smbong dengan junior , hehe . aku rindu nak buat senior marah . ahh , senang cerita ! AKU RINDU SEMUANYA ! TAKDE SATU PUN YANG AKU TAK RINDU !


malangnya , aku sudah pun berada di sekolah yang baru . di tahun yang baru . kawan baru . cikgu baru . pengetua baru . ah , semua baru bagi aku dan semuanya pelik bagi aku ! yeah , kenangan baru , habit baru . aktiviti baru . grrr ...

wehh , perut aku ! grr , tolong tolong ! i need food ! wakakakaka . perghh , laparnye ! menyesal tak ikut mama pergi makan tadi . gile lapar ! mama , saya nak makan ! grr .... perut .. kau tahanlah sampai esok pagi ye =="

hm , next story . hehe . aku kan nak jogging esok pagi . walawehhh , FARAH SYAZANA PERGI JOGGING ! HAHAHA . sejak bile entah aku jadi rajin . aku sendiri pun taktahu . muahahaha .. doakan aku kurus , kahkahkah ~

okay , sekarang aku nak buat sesi mengada-ngada ! HAHAHAHA ... suka hati koranglah nak kata apa .. belog aku , aku suka hati nak merepek apa . hehe ~

aku rindu dia lah ! 

kalau dulu , boleh jumpa kat sekolah . hehe . sekarang ? hm , susah sama sekali .. tolong , saya rindu dia ! tu je aku nak cakap . muahahaha , gedik kan ? yeah , memang aku gedik pun . i admit it . tak dapat dinafikan lagi . HAHAHA ... 

orang yang tak kenal aku akan kata aku ni sombong gedik berlagak ngada-ngada bla bla bla .. tapi bila orang yang kenal aku ... kenapalah baru sekarang aku kawan dengan kau ? kau ni lawaklah . kau suka sangat buat orang gelak . eh , kau ni perasan lah . wah , pandai kau perli aku . eh eh , comeynye kau nih . *hehe* terperasan pulak . HAHAHA ..

tapi bila aku badmo0d ... fara , kau kenapa ? janganlah badmo0d . eh , fara , senyumlah . fara , chill lah sikit . weh fara , jum tengok tv . fara , jom teman aku gi dm . weh fara , kau jgn badmo0d ! tahu sebab apa ? sebab kalau aku badmo0d , semua yang rapat nan aku badm0od jugak . wakakaka . lawak betul . so , aku pun tak sanggup nak tengok kawan-kawan aku badmo0d sebab tengok aku badmo0d . macam lawak je . so , aku kena gembira untuk menggembirakan orang lain . siapa sokong ? hehe .

sekarang , aku tengah belajar untuk kawal emosi . hehe . sebab aku tak nak ada orang yang tak pasal pasal kena tempias badm0od aku nie .. hehe , sorry kawan . aku tak pernah sengaja nak lepaskan badmo0d aku kat korang . sorry a lot =="

okaylah , ini jelah entri tengah-tengah malam nih . hehe , kbaiii , salam <3


p/s : gile rindu <3 

6 things about me .

assalamualaikum ,

aucahqqq , hehe . topik ni orang dah biasa tulis , tapi orang selalu 10 THINGS ABOUT ME . hehee .. aku nak bagi tahu enam aje . sebab malas nak taip panjang panjang . hehe .

1 . nama aku nurfarah syazana binti mohamad sobri .
amacam ? sedap kan nama aku ? hehe .

2 . aku lahir pada 22 jun 1995 .
mean , aku baru 16 lah . hehe . muda lagi . 

3 . aku kecik .. tinggi aku 148 je . ngee , kecik tak untuk umur aku ? hehe .
berat cuma 48 kg . grr , geram betul !
mama tak bagi aku susu banyak , hehe .. alasan ! hihi

4. aku kuat makan , tidur , online =) tu yang berat tuh . hehe ..

5. anak ketiga daripada 6 beradik .
sulung perempuan . wehehehe <3

6. aku tak suke binatang lembik macam cicak ! 
grr , geli nak mampus ! 

yeah , ini aje .. wehehe . nak tahu lagi ? kena lah follow belog dengan facebook aku , hehe .. ayat nak memancing .. kahkahkah ... kbaii , salam <3

Friday 20 May 2011

SAME ^_^

assalamualaikum ,

firstly , sorry kalau ada sesiapa yang terasa dengan post aku nih .. DALILA , AKU TAK BERMAKSUD . I AM SORRY =) 



okay , sekarang baru boleh masuk topik .. hehe . wehh , esok saya tidak hadir ke sekolah . cehh , ayat poyo gila .. HAHAHA . aku taktahu lah nak buat entri pasal apa . blur ==" hehehe .



lepas ni ? entahlah . muahahahahaha . apa nak jadi lah ? hehe <3 aishhh , yang aku nak cerita yang aku dengan seha sama je . hehe ... cuma seha lagi up lah .. HAHAHAHAHA ... *cover* hehe ... okaylah , aku otak tak betul sikit . kbaiii , salam :)


p/s : jogging esok :):):)

Thursday 19 May 2011

aku cuba terima ....

assalamualaikum ,

ye , aku kena terima takdir ini . mungkin ini balasan untuk aku . YA ALLAH , BANTULAH HAMBA MU INI . AKU TAK KUAT YA RABBI ... hmm .... korang , aku rasa malu . malu gile dengan cikgu tu . sangat sangat . memang insaf aku bila dia cakap macam tuh . she not muslim , but ...........................


kan aku ada cakap , aku tak ready apa apa pun untuk exam kali ni . so , kat hati ni terdetiklah kata , " nak bincang jawapan lah nanti .. " hehe , tapi apakan daya ... aku terkesima , insaf , terkejut , terkelu lidah , ternganga , tersengih , malu , senang cerita macam macam yang aku rasa time tuh .

"jangan cuba meniru . memang saya tak nampak , tapi tuhan nampak ."

perrghhhhh . memang terBATAL niat aku nak meniru @ bincang ...

insaf kut . so , aku dengan rela hati ...akan menerima result aku kali ini . memang terlalu teruk . dan orang yang gagal takkan gagal selamanya . betul kan ? 


exam kali ni memang buat aku tersangatlah tensyen !!!


maaf , hari ini aku rasa macam takde mood . aku pun taktahu kenapa . bila mood takde , aku rasa nak tampo tampo je aku ni . tetibe je takde mood .  grrr , sorry ... saya tipu awak tadi . saya taknak tipu , tapi .............. saya takde mood . sorry taw :) oleh sebab aku takde mood , nak out dulu . so , sampai sini je entri tuk hari ini . kbaiiii , salam :)


p/s : tak sabar nak jemaah kat surau . dah lama tak jemaah :(

Wednesday 18 May 2011

mai mai jangan baca ...

assalamualaikum .

HAHAHA . entri yang sengal kan ? kan ? eh , aku tak tuleh apa apa lagi . so jangan cakap apa apa lagi taw . hehee . tapi kan aku nak tanya kenapa korang baca ? kan aku cakap jangan baca . DEGILNYE KORANG NIH , ke TAK RETI BACA ? wehehee ~ aku tahu ada yang bengang kan ? kan ? hehe , aku memang macam ni pun :) winkwinkwink ....


" aceceyyy , syazana ! relax je jawab . mesti A++ nih " ... pergghhh , ayat menusuk kalbu betul . tak tipu . HAHAHAHAHAHA . " aishhh , ni kes perli tahu tak ? grrr , aku pakai hentam jelah :( " *nada sedih* " alaaa , hentam hentam boleh jugak jawab kan ? aku ni tak reti nak hentam kalau tak baca ! " ... alahaiii korang , aku jawab physics tadi pun macam orang bodoh je . macam tak pernah belajar . TAHU TAK ??? " hentam hentam aku maknanya markah nye sengal lah . HAHAHAHA " ...


exam kali nih . satu bende je aku ingat . dan harap berakhir dengan cepat . iaitu CEPATLAH HABIS EXAM !!! aku dah tak larat ==" ... exam kali ni paling sengal , tak ready apa-apa . jawab exam macam orang tak belajar apa-apa . grrr , rasa taknak jawab je . nak pergi kat cikgu cakap , " cikgu , nah ! saya taknak jawab . sebab saya rasa soalan ini terlalu mudah untuk saya jawab , so betterlah saya bagi peluang kat kawan-kawan saya ni kan ? kan ? :) " hahahaa , boleh tak ??  ni budak perasan punya kerja . contohilah kalau rasa bagus . HAHAHAHA ~


aku ni bukan pelajar cemerlang ~ tapi aku pelajar yang belajar last last minute ! HAHAHA . aku taktahu macam mana result UPSR dengan PMR aku okay ? padahal bile exam biasa , pergghhhh HAMPEH KUT :(  Tak percaya ke ? meh aku cerita . science aku time form 1 form 2 form 3 , tersangat sangatlah teruk ! A ? dalam mimpi ni pun tak pernah ... selalunye PEN MERAH lah yang aku membuyukkan buku rekod aku . cisss , tak guna ! HAHAHAHA .


bila aku dah depan laptop , so takde maknanye aku nak duduk 5 minit je . mesti 5+ jam . HAHAHA . kaki unline . wehehehee ... exam pun aku unline , ngeee . belog ni kawan , diari aku . sejak keluar dari asrama , makin aktif aku dengan blog :) " nonomey , dah studi ? " hahaha , silap soalan tuh . so bila ade orang tanya aku , aku akan jawab ,.. " yeahhhh , sudah semestinya ............... BELUM ... HAHAHA " ... so , jangan tanya pasal study study kat aku . sebab memang aku tak study . muahahaha .



so , nasihat lah kat korang termasuk AKU jugak ... JANGAN MALAS MALAS . NANTI MENYESAL . cewaaaaaahhhh , poyo gila . HAHAHAHHA ... takpe , nasihat nasihat .. hehe .. sampai sini jelah . aku kena stop . esok exam chemistry pulak =( hopefully senang ... doakan aku taw . taw ! muahahahhaa , kbaiii , salam <3



p/s : farah = syazana = nonomey :)

Tuesday 17 May 2011

buah hati saya , pujaan hati , bla bla :):):)

assalamualaikum ,

HAHAHA , mesti korang excited kan nak tahu ? wahahaha . winkwinkwink ... yelah , aku pun excited jugak nak share dengan korang . hehe ...

*


*


*


*


*


HAH , AUCHAQQQQ ! 


ni boyfriend aku yang first ! HAHAHAHA .*perasan betul aku ni*
tapi kan aku DAH LUPE NAMA DIA !!! hahahaha ~


hah , yang ni aku ingat ! winkwinkwink <3
JANG GEUN SUK !!!
 my grrrr !!! hensem boyfriend !!! wahahahaahahahaha


lee hong ki ~
chumel kan ? macam aku tak ? HAHAHAHHA

*


*


*


*


*


*


maka , sampai sini lah pasal buah hati , pengarang jantung , pujaan hati dan bla bla ... HAHAHA , ni kes PERASAN !!! kang aku cakap , aku kaki merepek je .. huhuhu . to dia yang sudah curi hati saya , janganlah jealous ! hehee ...*ayat poyo & ngade-ngade* saya sayang awak lebih daripada jang geun suk , lee hong ki dan mamat atas sekali tuh . HAHAHAHA . kbaiii , salam :)


p/s : esok physics ! grrr , bila exam nak habis nih ? tak larat dah =="

cooking .

assalamualaikum ,

firstly nak cakap happy wesak day untuk sesiapa yang sambut . hehe ~ aku tak sambut , cuma tumpang cuti je . HAHAHA . oleh sebab hari ini holiday , mama suruh masak . WHAT ?!! MASAK ??? grr , dalam hati ini kata , perghhhh masak ! dah lama tak masak . seriously AKU TAK RETI MASAK =) hehe ~


so , sepanjang aku duduk masak kat dapur tadi , mama asyik membebel je ! non-stop . tapi aku tahu mama buat macam ni sebab mama nak didik anak dara dia jadi anak dara yang pandai masak . mama cakap bile lagi nak belajar ? sekarang dah form 4 . tahun depan SPM . lepas SPM , masuk U pulak . lepas U nak kahwin ... mama kata jangan cakap nak kahwin kalau tak pandai urus dapur ! wohahahahaha . betul jugak . hm , sempitnye pemikiran aku selama nih .

 saya tahu makan je :D

tu yang buat mama marah . hehe :)

so , perempuan kena pandai masak . baru boleh tambat hati suami kan ? kan ? HAHAHAHA . tapi serious . tak tipu . so , MAI LAH KITA BELAJAR MEMASAK ! HAHAHA ~ eh , lelaki pun kena pandai jugak masak . betul tak ? sure sure korang yang lelaki ni kata TAK . nampak bebeno malasnya . HAHAHA ~




winkwinkwink :) HAHAHA , pandai masak menjamin kesenangan PERUT !!! wahahahahahaha . betul kan ? HAHA , maaf . gila gila aku tak dapat dikawal . HAHAHA . okaylah , oleh disebabkan saya jadi burung hantu hari ini . saya rasa mengantuk gilee . adehhh , KAKI KEBAS PULAK ! eiii , sabor jelah . 




aku baru baca bab 1 . wehehehe . tapi HAMPEH . aku tak faham . cehh , bab senang kau tak faham . bab susah pun kau tak faham . so bab apa yang kau faham ? aku faham BAB1 ... wahahahahahahahahahaha , maaf ! tercarut pulak . ngee ~ MEMANG SENGAJA , hehe . physic oh physic , hopefully soalan kamu senang aje . jangan susahkan saya taw ! taw ! HAHAHAHA ~


aku lapar tapi aku malas nak turun . esh , malas kan aku nih ? grr , MEMANG PUN *dari hati* . ade sesiapa yang sudi bawa nasik untuk aku ? aku lapar deh . perut aku dah meraung raung suruh isi perut . "hoyy , kau nak diet pun agak agaklah ! aku ni sebagai perut perlu makanan untuk hidup !" sengal punya manusia . eh , aku lah manusia tuh kan ? ish3 , okaylah aku pun dah naik kesian dengan perut aku nih .
"wahai perut , jom jom ! aku treat nasik lemak pagi tadi ! okay ?" tanya aku kat perut . perut pun jawab , "argh , tak kesah lah ! janji aku ada makanan untuk diproses sebelum bagi kat usus ." HAHAHAHA ~ seriously aku merepek ! okaylah , nak isi perut . wink3 ..

walawehh , kredit aku dah nak habis . grr , baru nak simpan money tapi terpaksa aku keluarkan .. nak mesej dia punya pasal . HAHAHA . aktif pulak aku pegang henset . ngee ~ kbai , salam <3

p/s : hari ini nak aku nak jadi budak surau :) wink3 . HAHAHA

ustazah ?

assalamualaikum ,

pergghh , FARAH SYAZANA ustazah ?! memang mantaplah kan ? kan ? wahahahahaha . tapi tak salah kan kalau saya jadi ustazah ? eh eh , kita kena guna ayat sopan . cewahhh , poyo pulak hari ini . saya update belog ni pukul 4.35am ! bagus tak ? bagus gilee . orang tidur , aku jadi burung hantu . eh , silap . saya jadi burung hantu pulak :D

hari ini saya terlupe bawak kunci rumah . maka saya terpaksalah duduk kat luar rumah dari pukul 1.30pm-3.00pm ! ini pun nasib baik ada ABANG CHIK , kalau dia tak keluar rumah , dia takkan nampaklah saya lena kat atas buaian . HAHAHAHA ~ saya dah buat macam-macam ! ketuk tingkap , baling batu , tekan loceng , tapi semuanya HAMPEH ! saya rasa nak menangis kat luar tu . dahlah perut dah menyanyi ... "isabella adalahhh..... " HAHAHAHA , merepek je saya ni kan kan ? ini lah ustazah moden . huahuahua ~

aku bagi nasihat tadi ! eh , silap lagi . saya bagi nasihat kat dalila . perghhh , ayat saya ke tuh ? tak percaya . macam bukan saya yang menuturkan kata sebegitu . HAHAHA , saya ni bukannye pro sangat bab-bab menasihat ni . sebab diri ini pun teruk lagi .. =(


wawa , maybe . dahlah , saya taknak miang dah ! macam orang gila je . sengih sengih baca mesej , senyum sorang sorang ! grrr , memang sah angau ! wahahahahahahahahaa . and the last is AKU TIDAK MAMPU NAK MENASIHATI ORANG SEBENARNYA DAN "USTAZAH" juga tak sesuai dengan perangai saya nie !


BERITA SEDIH : saya tak boleh makan udang ! sebab nanti gusi bengkak ! huwaaaaaaaaaaaa ~ mama abah  =(




WAHHH , bantal ! kaylah , dah mengantuk . mata dah layu tahap apa nta . morning ! hehee , byebye , salam :)

p/s : saya penat ! grr , inbox penuh . bile nak delete ye ?

Monday 16 May 2011

macam kena perlilah pulak ! wahahaha

assalamualaikum .

aku rasa macam kena perlilah pulakkk . yelahh , post tadi aku ajak CURANG ! hahahaha . tak patut betul lah aku nieee ...

aku ambik dari mira . adek aku punye belog :):):)


1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

so , tak jadi nak curang ! HAHAHAHAHA .. sengal je aku nieee . dah dah , out cepat farahhh ! exam sej nga math esokkk ! ehh , degil ! HAHAHAHAHA ~

KBAIIII , SALAM ^^


NUFFNANG ?

assalamualaikum ,

aku daftar tapi aku tak faham .
siapa boleh explain kat aku ?
yang aku tahu aku ahli yang berstatus Glitterati .
mesti korang tak faham kan kan ? aku pun sama :(


Apakah dimaksudkan dengan “Nuffnanger Eksklusif”?

“Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.
faham keee ? hmm , buat buat faham la yeee .. :)

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.
tolong ! i don't understand lohhh :(
penat aku nak faham bende nihhh . ade idea ?

Program Loyalti Nuffnang

 

Nuffnanger Eksklusif

Nuffnanger Bukan Eksklusif

Kadar Bayaran (CPM)Band Set A. Pendapatan adalah 20-50% lebih Tinggi dari kadar pendapatan blog semasa.Band Set B. Pendapatan adalah 20-50% lebih Rendah berbanding Nuffnanger Eksklusif.
Kadar Bayaran (CPC)60% lebih tinggi berbanding kadar biasa.Kadar biasa.
Terma Pembayaran30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan
Peluang AdvertorialLayakTidak layak
Aktiviti Komuniti70% tempat duduk diberikan kepada ahli. Jemputan tetamu dibenarkan.30% tempat duduk diberikan kepada ahli.
Pemenang Peraduan70% hadiah diberikan kepada ahli30% hadiah diberikan kepada ahli
Pengunaan Innit.comLayakTidak layak
Pemilihan untuk Iklan CPUVDiberi prioritiTidak diberi prioriti

hah , ini pun aku tak faham ! 
grrr , gila lahhh *_*
aku dah merapu-rapu buat nih . kang mama marah pulak ..
dunwan dunwan !!!!

Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2) Terma Pembayaran
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.
3) Peluang Advertorial
Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.
Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.
4) Aktiviti Komuniti
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.
Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka
5) Peraduan
Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
6) Innit
Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.
okay , siapa mahu terangkan kat aku ?
saya budak baru belajar . harap maklum .
contact2 lah kat facebo0k aku .'
siapa yang ade num aku , boleh mesej je :)
byebye , salam :)

p/s : gilak aku buat bende nih !