Sunday 22 January 2017

Hai semua, kalau ada orang bacalah. Kalau tak ada, it's okay. Tak mengharap pun akan ada orang baca selama ini, hehehe. Tiba-tiba je rasa nak berblogging setelah sekian lama tak buat. huhu so apa yang akan aku tulis ni semua berkaitan dengan luahan perasaan aku sendiri.hoho acah je kau farah oi. hahaha

Pernah tak korang rasa korang tak bahagia dengan hidup korang sekarang?
Rasa kosong je hidup. Rasa nak pergi jauh dari semua orang yang kenal kita.
Ke aku sorang je rasa macam ni? hahaha

aku tak suka duduk rumah even aku selalu rasa nak balik rumah bila aku kat U.Aku tak rasa happy. Tak tahu kenapa. Aku macam jadi anak yang tak berguna kat rumah. Aku rasa macam aku tak berbakti kat mama abah. Dan sometimes aku rasa diorang tak perlu pun dapat anak macam aku. huhu okay, ni pasal rumah je. haha

Aku rasa tahun 2017 agak mencabar untuk aku. Baru 22 hari 2017 aku dah terasa beban. Banyak benda yang aku fikir. Habis belajar, kerja, bantu mama abah. Tapi sementara nak hbis beajar, aku banyak fikir macam mana nak cari duit. Yelah, dah umur 22 takkan nak mengharap duit parents lagi. so benda yang aku kena buat is BERJIMAT. huhu even susahh, but kena usaha jugak.

Ekonomi sekarang teruk, aku yang nak habiskan belajar pun rasa susah. Yelah, buku bukan murah. semuanya nak beratus. Tu tak kira makan lagi. Lagi la,lagi-lagi musim study week,minggu test, makan tak ingat dunia langsung.so sekarang aku rasa nak cepat-cepat habis belajar dan cari duit.memanglah kerja tak best macam belajar, tapi sekarang aku tak boleh nak rasa macam tu sebab belajar tak dapat menjana duit.aah, memang dalam kepala otak aku ni penuh dengan duit. macam mana nak cari duit. macam mana nak beranakkan duit. mana nak simpan duit. duit untuk apa. uish macam-macam dengan duit, hahaha macam orang gilakn duit je. kahkah duit boleh buat macam-macam.even orang kata duit bukan boleh beli kasih sayang. hm okaylah, stop pasal duit. hahaha

Aku dah taktahu nak cakap apa kat lelaki ni supaya tak kacau aku. aku dah cakap banyak kali, tapi still dia tak faham. aku tak suka dia, bukan sebab dia tak hensem ke takde duit ke apa. dah hati aku kata tak nak. apa jenis lelaki la yang tak faham bahasa ni. aku cakap baik-baik pun tak faham. cakap kasar pun takfaham. dah tu kau nak apa gila.aku tak rasa aku perlukan lelaki dalam hidup aku setakat ni. Aku macam tak boleh nak percaya lelaki. Yes, bagi aku semua lelaki sama.Hang cakaplaaa apa pun, aku still anggap lelaki sama je. huhu tolonglah kasi aku idea nak suruh lelaki ni senyap dan move on dari aku. aku serabutlah -,-

Kawan baik aku dah ada girlfriend! Hahaha tak sangka bulat-bulat tu pun ada awek yang tak boleh move on dari dia. hahahahhahaa. orang cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab nanti mungkin akan timbul perasaan. Haha, well, masa dia kasi tau yang dia dah ada awek, aku rasa biasa. so takde perasaan lebih-lebih k. HAHAHA

Okaylah jemah nak kemas bilik. Bilik dah macam sarang tikus. hahaha wassalam.