Wednesday 8 November 2017

About me

Assalamualaikum/Hi,


Nurfarah Syazana binti Mohamad Sobri. 1995's girl. Anak mama abah forever 👪 
Perakian, of course! 💋
A student of Mechanical Engineering ✌
Makeup, shopping, baking, wasting money are my favourite hobbies 😎
So man, do not put trust on me! I will be your pisau cukur 😆
Gonna love myself more after everything happened in my life 💓


"Kinda have feelings, kinda heartless"

💓💓💓

Pulau Perhentian.

Heyy, tiba-tiba je rasa nak menulis. Padahal banyak kerja lain kena buat, Haha 😂 So bulan 9 haritu, aku pergi vacay dengan 3 orang lesbian aku kat Pulau Perhentian. Risau juga pergi bulan 9 ni. Sebab dah masuk musim tengkujuh kan. Tapi alhamdulillah, the weather is soooooooooooo nice babe!💓 you guys should go! Away from work/assignment/project etc. Haha

So, bajet kitaorang is RM250 seorang/3days. So total bajet RM 1000 lah. Yang bestnya, kami berjaya ikut bajet! Hahaha lebih pun sen-sen jeee hehe.

💓 Hari Jumaat 15/9/2017 💓


Kami gerak dari UMP,Pekan pukul 1.30 petang. Lewat sikit gerak sebab memasing sibuk nak submit report industri/jumpa SV lah apalah. Hahaha . Kami sampai besut dalam pukul 4.45 petang.((Jalan Kuantan ke Terengganu sumpah bosan nak mampus. So aku karok sepanjang jalan haha 😆)) Kitaorang ingat tak sempat dah nak kejar boat last. So kitaorang pi beli pisang goreng cheese dekat Bukit Keluang. Rileks je sebab ingat dah tak sempat kan. kahkah Tetiba diorang kata jomlah survey tiket boat untuk esok. Dah alang-alang Bukit Keluang dengan jetty tak jauh kan.

Sampai kat jetty, ada motor cuba tahan kereta kiteorang. HAHAHHAA NI PALING LAWAK. NINA SURUH AKU LAJUUUU SEBAB DIA TAKUT 😆😆😆😆 Rupanya abang tu nak offer ticket boat! HAHAHAHHAA kome kalau pi jangan terkejut sangat macam nina. Mujur aku tak laju sangat. Hahaha aduh kelakar!

So kiteorang sempat naik boat hari ni juga. Ok ni pesanan. Kalau hujan, jangan naik boat! HAHA kiteorang dah la naik boat pukul 6.30petang, dengan hujannya, air laut berombak kuat, dengan dah nak malam dah time tu.Mujur tak jadi apa-apa.Kalau tak, tak sempat aku nak minta maaf kat mama abah sebab pergi jalan tak bagi tahu, hahaha 😅


Sampai kat pulau pun hujan renyai-renyai lagi. Kiteorang tak book bilik lagi! Haha gigih la jalan dengan hujan2 cari bilik kosong. Bilik banyak dah penuh sebab time tu peak season. Haha so last2 kiteorang dapat chalet mat saleh! kahkah asal boleh tidur jelaa.

Memang chalet tu penuh dengan mat saleh je! haha before tu, kiteorang tanya dorm, but then

Malay guy : Dorm dia campur. Takkan nak duk sini 😐

Pandang macam nak makan kiteorang. Hahaha dia tak nak bagi kita duduk dorm. Mujur abang handsome! Hhaha ok abaikan abang ni. haha so kat chalet mat saleh ni, depe charge,

1 person = RM50
1 night = RM200 😓😓😓

Silap percaturan! 💔 Hhaha tapi sebab Fida demam, so takkan nak jalan-jalan dalam hujan lagi. so we proceed ajeeee huhu. Rehat2 kejap, solat semua. Then baru kitaorang turun balik. Cari makan! Haha memasing kebuluq! Sebab tak berhenti makan dari UMP-Kuala Besut. haha nak cepat punya pasai. Harga makan standard kedai2  hipster. Sedap lah jugak. Nak kata mahai sangat tu takleh la. Sebab makan dekat pulau en..Logik jela harga macam tu dari kedai2 hipster entah pape tu. EH 😊 Dah makan,jejelan cuci mata and cari tempat tidur untuk esoknya. Tak best sangat sebab time ni hujan!

so belanja utk first day,

  1. Minyak kereta - RM60
  2. Pisang cheese - RM4.50*2
  3. Chalet - RM200
  4. Tiket boat - RM70 *4 orang (pergi & balik)
  5. Parking kereta - RM15 kut
  6. Dinner - RM33

TOTAL = RM597 😂😂😂
Korang boleh less than this rasanya. haha silap pergi time peak season. Tapi time ni je semua orang free haha.

weh guys! baru cerita hari first ni! HAHAHA aku nak kena pi submit assignment dulu ni. ahahaha nanti aku sambung lah part 2. HAHAHA tu pun kalau rajin haha. kbai