Wednesday 27 February 2013

Budak biasa.

Dulu MK buta. Buta tentang C-I-N-T-A :) tapi bila difikir-fikir harusnya MK buta pasal cinta sampailah masa untuk cinta itu hadir dengan sendirinya. Baru tingkatan satu, MK dah berani nak ber-COUPLE dengan seorang lelaki yang MK sendiri tak kenali O.o haha tak tipu. ni first time baru MK couple. tapi mesti korang tak percaya? sebab orang akan menyangka MK ni suka bertukar-tukar pasangan. Ops , excuse me :) dalam hidup MK, hanya ada empat orang yang pernah ber-COUPLE dengan MK. MK selalu tengok ramai pasangan couple sweet je bilaaaaaaaaaa hang out sesame. tapi bila MK? ah lainnya :) mungkin sebab MK rasa MK tak layak lagi kut. hehe :P

1st Man : tak beerti dia cinta pertama MK sebab bagi MK,itu cuma pemikiran budak-budak yang baru nak meningkat macam MK ni :) seriously MK tak sayang dia pun. haha bebudak kan......

2nd Man : pun bukan cinta pertama MK. hanya untuk main-main :) sekadar dibuat sebagai teman ^_^

3rd Man : MK tak tahu dia cinta pertama MK ke tak. tapi yang pasti,MK pernah sayang dia. antara salah satu yang tahan dengan perangai MK, tahan dengan keletah MK :) apapun,MK berterima kasih sebab dia tidak meninggalkan nostalgia yang menyedihkan kepada MK. hahaha :P

4rd Man : lelaki yang merimaskan sehingga MK terpaksa buat couple bersyarat dengan dia. syaratnya : KEJUT MK SOLAT SUBUH 40 HARI :) HAHAHAHA

YANG KELIMA?

MK fikir lebih baik menyendiri. Andai MK kata MK takda terusik hati dengan mana-mana lelaki,MK tipu. MK ni budak biasa yang mentah lagi pasal cinta. MK tak pandai nak menilai kejujuran lelaki. MK tipu kalau MK tak berperasaan kalau terjumpa lelaki hensem atau lelaki yang care kat MK. haha k?


Ya Allah.
Andai aku lalai dalam duniaMU,
aku mohon sedarkanlah aku sebelum terlewat.
Aku mohon andai cinta itu ada untukku,
berikanlah aku seorang insan yang benar-benar menyintai-MU.
Andai aku leka dengan cinta hambaMU,
aku mohon berikanlah aku cahayaMU supaya aku kembali kepadaMU :)
Amin :)

#MK suka cakap pasal nikah , tapi actually MK tak nak pun nikah lagi. sebab MK tahu MK belum layak lagi nak digelar isteri. :) Assalamualaikum.


sekadar nasihat untuk MK dan pembaca :)





sekiaan... lalalalallaa kboi again . MUahhh cikit :) hehee assalamualaikum :D

#2

Sambungan dari #1.

Kenapalah dia muncul balik? Kenapa sekarang? Kenapa selepas mama dan abah aku meninggal? Semuanya hanya persoalan yang tidak diluahkan kepadanya.

Maaf, saya tertekan .

Ahh, menipu! Em takpelah. Bukan selalu. Terdesak sangat. 

Oyeke?Saya ingat awak dah tak nak cakap dengan saya.

Sudah! Mana dia tahu ni... Aizat Anas. Kenapa kau muncul semula selepas kau putuskan pertunangan kita? Tahukah engkau aku sangatlah terluka.

Kalau awak rasa macam tu, so tak perlulah saya nak cakapkan lagi kan?

Adoi Aisyah Farahin! Apalah kau balas ni?! Bukankah kau terlalu merindui dia?? Masuk lagi SMS daripada dia.

Saya mintak maaf, Aisyah. Saya tahu awak dah bencikan saya. Tapi saya mohon, berilah saya kesempatan untuk meminjamkan bahu dan telinga saya untuk awak. Saya tahu sekarang awak tengah bersedih.

Terkedu. Mata aku mula bergenang. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?! Ya,dia benar. Aku memang memerlukan bahu untuk meluahkan rasa sedihku. Rasa sedih dengan pemergiaan dua insan tersayang. Tapi ... Adakah bahu itu milik Aizat Anas? Bekas tunangku sendiri...

It's okay. I can manage myself. I've my own shoulders and ears. Thanks :)

Dia cuma kenangan. Dan tak perlulah aku memulakan semula. Biarlah jawapanku tadi membuatkan dia tersedar. Tiada sebarang balasan daripada dia. Ah, mungkin dia sedar.

********************************************************************

Sedang aku mencuci mata di Aeon, aku bertembung dengan AIZAT ANAS! Apa yang patut aku buat sekarang? Melarikan diri? Ah, tak boleh. Nampak sangat yang aku ni tak matang. Ya Allah, mata dia sedang tengok aku ni. Ah biarlah. Selagi dia tak tegur aku, aku takkan tegur dia. TEKAD! Aku berjalan selamba di hadapannya. Tiba-tiba....

"Aisyah Farahin." Sudah! Dia panggil aku. Nak sahut ke idok eh?
"Aisyah Farahin" Dia memanggilku buat kali kedua. Ya, nak tak nak aku kena menyahutnye.
"Oh, maaf. Tak dengar!",balasku selamba. "Betul ke tak dengar? Ke sengaja pekakkan telinga tu?",perlinya yang membuatkan aku tersentak! Dia selalu tahu apa yang aku cuba buat. Ish geram!
"Kalau tegur setakat nak perli saya, baik tak payah!",aku mula beredar dari situ..Dia mengekoriku dari belakang. Haish kenapalah mamat ni?! Aku sekeh jugak kepala dia nanti.

"Yang awak ni ikut saya kenapa?!" aku menjelingnya.
"Yang awak perasan kenapa? memang mall ni awak punya." balasnya selamba. Ah, dia perli aku lagi. Jangan dilayan Aizat Anas ni. Tahun depan belum tentu habis! Aku melajukan langkah aku ke parking kereta. Tiba-tiba dia menarik tanganku.

"Awak tak rasa nak tanya khabar saya ke?" tanyanya. Senyuman dia terlalu manis!
"Perlu ke? Mulut saya tak teringin pun nak tanya." balasku.
"Oyeke? Em, hati awak?" tanyanya lagi. Pandangan dia membuatkan aku sedikit kelam kabut! ceit, bertanyakan soalan cepumas!
"Hati lagi ganda tak!" balasku lagi. Aku menipu lagi. Tipulah aku tak mahu tahu pasal dia sekarang.
"Hm, kalau macam tu, jom!" dia menarik aku masuk semula ke dalam mall...Susahnya nak lepaskan tangan besar milik lelaki Aizat Anas ni. Huh!

"Aizat Anas, boleh tak lepaskan tangan saya? Tak perlu nak pegang tangan bagai." aku mula meninggikan suara. Dia memandangku seketika lalu dia melepaskan tangan aku. "Maaf." balasnya perlahan. Aku mengangguk. Lalu aku berjalan masuk ke arah Secret Recipes. Dia hanya membuntuti aku dari belakang.

"Dik, bagi saya orange juice." pesanku. Aku memandang Aizat yang leka memandangku. Ah,dia buat aku malu sendiri. "Awak nak minum apa?" tanyaku. "Takkan awak lupa apa yang saya selalu minum?"balasnya selamba. Aish orang tua ni! Saja je nak uji hati aku! "hm dik, apple juice satu ye."aku menambah pesanan. Pelayan itu mula beredar.

"Tak puas lagi ke menatap muka saya ni?!"perliku. Dia hanya tersenyum. "Tak. Sampai bila-bila pun tak." balasnya yang buatkan hatiku bergetar. "Awak tarik saya masuk dalam mall ni semata-mata nak tengok muka saya ke haa?!"aku mula meninggikan suara. Semua pelanggan di Secret Recipes ini memandang ke arahku dan dia. Adeh malulah pulak. Dia masih bersahaja. Tiada respons. "Sejak bila awak pandai tinggikan suara? Mana Aisyah Farahin yang menjaga setiap kata tuturnya. Yang lembut dalam berkata-kata. Mana awak yang dulu?",matanya redup memandangku. Aku membiarkan pertanyaannya itu tidak dijawab. Itu sebab aku tidak punya jawapan untuk dia. Aku masih sama,Aizat. Cuma aku bersikap ego.

********************************************************************************

Memandang awan yang biru mampu menenangkan hati yang terganggu dengan kehadiran Aizat Anas di airport tadi. Alahai. Kenapalah dia tiba-tiba muncul selama ini? Apakah yang dia inginkan dari aku? Tiba-tiba aku teringat sebuah kotak berwarna merah jambu. Ia pemberian daripada Aizat. Aku terus membukanya. Alangkah terkejutnya hati apabila terlihat sebuah album yang dipenuhi dengan gambar-gambarku dengan dia. Apa ni? Aku semakin tertanya-tanya. Aizat menyelitkan sekeping surat di dalam album itu.


Assalamualaikum saudari cantik,Aisyah Farahin.
 First,saya nak minta maaf atas segalanya. Saya tahu saya tak patut muncul dalam kehidupan awak. Saya tahu awak terganggu dengan kehadiran diri ini. Tetapi saya endahkan. kerana perasaan sayang, rindu dan cintakan awak masih ada. Tidak pernah berkurang sedikit pun walaupun saya sendiri yang memutuskan tali pertunangan kita. Saya tak mampu nak terangkan kepada awak mengapa perpisahan itu terjadi selama ini. Tapi hari ini, saya sudah tekad akan terangkan kepada awak tentang perkara yang sebenar.. Aisyah Farahin. Saya mohon maaf kerana melukakan hati awak, memalukan awak dan meninggalkan awak. Awaklah yang paling seksa untuk saya lepaskan. Saya terlalu menyintai dan menyayangi awak.Dalam hati saya penuh dengan syukur. Kenapa? Sebab saya sempat explain hal yang sebenar kepada arwah mama abah awak. Saya sempat jaga diorang. Saya sempat mohon maaf kepada mereke kerana telah melukakan hati anak gadisnya yang cantik ini. Saya juga sedih apabila tahu mama abah dah tiada.

Tuesday 26 February 2013

Happy birthday :)

Assalamualaikum. tak sempat nak update post semalam , so harini baru MK berkesempatan nak wish birthday mulutkecikisya.blogspot.com yang dah pun berusia 2 tahun :) Wahaaa daripada MK single, couple, single and couple again sampai laaaaaa single sekarang ni, blog ni laaa tempat MK nak bercerita macam MK bercerita dengan kawan baik MK. hahaa *ayat taley blaaa* hahaah

so......
selamat hari jadi. selamat hari jadi. selamat hari jadi. selamat hari jadi.

MULUTKECIKISYA.BLOGSPOT.COM

"Semoga blog ini menjadi diari MK sepanjang MK hidup. Tapi MK takkan pernah lupakan pendengar setia MK iaitu ALLAH :) sesiapa yang selalu atau terbuka blog MK ni, mohon maaf andai post-post MK ada menyakitkan hati pembaca sekalian. MK juga hina sepeti manusia lain. Ada kelemahan MK sendiri. Minta maaf sekali lagi yawwwwwwwwwwwwwwwww ^_^


korang korang , MK nak hadiah. hadiah untuk blog yang berusia 2 tahun ni. hehehe *ngada jap*


kboi. assalamualaikum.


#Kenapa perut MK suka berbunyi padahal MK dah bedal nasi lemak sebungkus ? Takkanlah MK lapo lagi? hmmmmm

Friday 22 February 2013

no idea.

Assalamualaikum !!!!!!!! hahaha MK tahu MK tak reti bergambar :)





firstly, MK nak cakap ribuan terima kasih kat member2 yang tak penat lelah memberi semangat setelah MK gagal mendapatkan lesen memandu kereta. ahahaha k gilos jap. memang ade frust, tapi dalam masa yang sama redha. maybe it's not my luck :) haha 

MK jarang bergambar macam other girls yang suka update gambar... ahaha sebabnya tengoklah. MK kaku sikit bila bab bergambar. hahaa taktahu nak buat reaksi apa and then jadilahhh macam gambar di atas :) ceh semangat bergambar pun sebab taklama lagi MK nak resign. hehee actually sayang jugak nak resign kfc. banyak moments yang manissssssss sampai bila jilat bibir pun terasa manisnya lagi. haha *euwww* bukan apa, semuanya rapat even ade sikit belasah membelasah. hahaha *MK ganas taw* hahaha

MK nak tolong abah kat shah alam. Mana tahu MK boleh sambung apa yang abah MK sedang usahakan :) K mohon kepada peminat, skandal or teman tapi mesra MK supaya jangan rindu MK sangat. Nanti MK pun tak sonang nak hidup kat sana :P hahahahaha beria jap.

so now, fikiran MK lebih terbuka. Lebih matang. No couple selagi belum sah :) So MR.IMAM, kalau awak dah jumpa saya, cepat masuk meminang :) *ohGOD. gelenya nye MK nih. hehehe kboi. selamat malam semua. Assalamualaikum ^_^

Monday 18 February 2013

Gaji habis.

Assalamualaikum ,


K harini MK dah pokai. huhuhuhu apakah MK ni? -->MulutKecikisya laaaa :) hehehe ceh kesian Mk sebab dah pokai. huhu tulaaa degil sangat tak dengar cakap mama MK suruh berjimat cermat :P cewahh beria kau.. hahaha MK suka buat benda yang pelik-pelik kat nama orang lain.Contohnya macam "mymomoi"... gelaran untuk teman istimewa MK yang dulu. huhu


MK ngidam nak makan crepe. hahaha MK order crepe bebanyak. ahaha yang kena bayarnya mama MK le jawabnya. haha anak ngidam , mama nye yang kena bayar.susah jadi orang suka macam MK ni. hehehe so kepada bakal Mr. Imam MK silalah take note. MK ni suka makan. sampaikan mama MK ni marah sebab anak daranya suka mengunyah. hahaha XD kepada anda semua, tolong berikan idea untuk kuruskan badan. hahaha.

weyhhh esok MK test lesen kereta. takot weh. cuba tolong cool kan MK yang kalut terlebey ni. hahahaha. So MK mengharapkan doa daripada kalian supaya MK berjaya dengan lulusnya. huhu

doakan MK esok ye uollsss. 
amin :) 

haha k . nak cool kan diri untuk menghadapi esok. haha kboi assalamualaikum ^_^ haha


Sunday 17 February 2013

Tamat 40 hari !

Assalamualaikum! hai uolls. post-post sebelum ni ada pasal 40 hari kan? So harini genap 40 hari. tapi sebenarnya hari yang dijangka harini telah pun berlaku sebelum 17 februari ni :) sebab tak sanggup rasanya nak meneruskan apa-apa hubungan secara kontrak ni. Haa kontrak? haha Couple sebab nak suruh dia kejutkan aku subuh selama 40 hari tapi dia tak berjaya . so perlukah dikekalkan lagi??

k bila berakhirnya 40 hari ni, ada suatu perasaan untuk menyendiri sehinggalah tiba masa yang sesuai. daripada memainkan hati orang, melukakan hati orang lain, lebih baik menyendiri. lebih baik berkawan daripada berpasangan.

Adakah aku menipu jika aku tak cemburu tgk pasangan sweet?

tipulah kan. orang yang ada boyfriend/girlfriend pun boleh jeles kalau tengok pasangan kekasih yang sweet muwitt ni kan. apatah lagi yang bersendirian seperti aku kan, haha tapi AKU NAK KAHWIN TERUSSSSSSSSSSSS KALAU BOLEH. no love love bagai. no rindu rindu. just akad nikah. dan semuanya cinta cinta tu after nikah. kan lagi sweet kan?


kenapa aku "gelenya" sangat post pasal kahwin? haha aku memang tak layak pun nak berkahwin bagai. umur pun baru nak kenal dunia luar. masak apa pun tak reti. bangun tidur pun kena mama kejut lagi. makan pun mama yang pikirkan. ahh senang cerita semuanya memang masih dalam kekurangan lagi. tapi entah. bercinta tapi tak menggembirakan adalah perasaan yang paling menyakitkan. sebab perlu berpura-pura. haha macam aku ? --'

Dear Imam, saya nak kalau boleh awak imam setiap kali solat. Awak yang akan bimbing saya. Akan tegur kesalahan saya. Dear Imam, selagi kita masih belum bertemu, saya harap awak jaga diri. jaga iman. jaga nafsu :) *cewahhh* saya a.k.a bakal makmum awak sentiasa akan menjaga diri dengan baik :) heeeeeeeee 

k aku dah melalut. tamat 40 hari that's meant aku nak singleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! hahahaha yeayyysss (!) kbye assalamualaikum ^_^

Wednesday 6 February 2013

Hye Uolls :)

Assalamualaikum! hai hai. wah lama rasanya aku meninggalkan blog aku ni. huhu almaklum gua kerja kan? haaaaa cakap pasal kerja,. aku dah dapat gaji. syok rasanya, hehehe gaji first ni banyak betul perancangan aku. first, of coz I will treat my family. second,my girlfriends,. third,my beloved adopted sister... fourth,for myself. hehe

gaji first boros sikit. eceyh :P gaji second nanti kedekut pulak. aha ada pulak macam ni kan... ntah pape. haha banyak cerita yang aku nak luahkan kat kau wahai blog. rase sedih, terhina, seksa, pilu . ahh senang cerita semuanya lengkap. semua perasaan aku ada. dan aku masih yang sama. tetap tak memahami diri sendiri. kenapa bila aku rapat je dengan lelaki, mesti ada masalah. Hey,I'm just want to be their friends. Not their lovers. hm

please. sekarang aku rasa bercinta atau bercouple ni menyesakkan aku. melibatkan diri dengan bergaul dengan lelaki pun kekadang menyusahkan aku dan merungsingkan kepala otak aku. guys, can you explain to what you want from me? please don't make me mess, I don't like. and kalau boleh, aku nak terus kahwin. tak nak cintan cintun bagai ni. tapi mustahil la sekarang kan. aku pun muda lagi. ilmu harus dikejar, agama perlu dituntut lagi. ah banyak perkara yang perlu difikir.

kenapa ada manusia yang tergila-GILAkan awek/pakwe ni? takda awek/pakwe, tak boleh hidup. hidup tak fun. not enjoying, but don't you think you still have your family, your friends to make your life more enjoying? don't you? so, for me.. appreciate what you have now.

dunia sekarang sudah berbeza. sudah menakutkan. nak mencari pengganti yang lama tak semudah sekarang. apakah maksud ini? haha k aku rasa aku dah mereng wahai blog. meluahkan apa yang aku patut luahkan. apa yang aku rasa.

For only you : I'm not a doll to play. I'm human like you. I've my pride and dignity. And I hope you respect me as you respect your mother and your sister. If you can't do it, that's mean you're not the best man ever in my life and also your life too. If you think I am your girl, you will care about me. but now, you can do what you want bcoz now I never ever care about you anymore. *oh please jauhkan diri aku dengan lelaki2 yang berperasaan tak sebenar-benarnya*

goodnight. Have a nice sleep. assalamualaikum :)