Wednesday, 8 November 2017

About me

Assalamualaikum/Hi,


Nurfarah Syazana binti Mohamad Sobri. 1995's girl. Anak mama abah forever 👪 
Perakian, of course! 💋
A student of Mechanical Engineering ✌
Makeup, shopping, baking, wasting money are my favourite hobbies 😎
So man, do not put trust on me! I will be your pisau cukur 😆
Gonna love myself more after everything happened in my life 💓


"Kinda have feelings, kinda heartless"

💓💓💓

Pulau Perhentian.

Heyy, tiba-tiba je rasa nak menulis. Padahal banyak kerja lain kena buat, Haha 😂 So bulan 9 haritu, aku pergi vacay dengan 3 orang lesbian aku kat Pulau Perhentian. Risau juga pergi bulan 9 ni. Sebab dah masuk musim tengkujuh kan. Tapi alhamdulillah, the weather is soooooooooooo nice babe!💓 you guys should go! Away from work/assignment/project etc. Haha

So, bajet kitaorang is RM250 seorang/3days. So total bajet RM 1000 lah. Yang bestnya, kami berjaya ikut bajet! Hahaha lebih pun sen-sen jeee hehe.

💓 Hari Jumaat 15/9/2017 💓


Kami gerak dari UMP,Pekan pukul 1.30 petang. Lewat sikit gerak sebab memasing sibuk nak submit report industri/jumpa SV lah apalah. Hahaha . Kami sampai besut dalam pukul 4.45 petang.((Jalan Kuantan ke Terengganu sumpah bosan nak mampus. So aku karok sepanjang jalan haha 😆)) Kitaorang ingat tak sempat dah nak kejar boat last. So kitaorang pi beli pisang goreng cheese dekat Bukit Keluang. Rileks je sebab ingat dah tak sempat kan. kahkah Tetiba diorang kata jomlah survey tiket boat untuk esok. Dah alang-alang Bukit Keluang dengan jetty tak jauh kan.

Sampai kat jetty, ada motor cuba tahan kereta kiteorang. HAHAHHAA NI PALING LAWAK. NINA SURUH AKU LAJUUUU SEBAB DIA TAKUT 😆😆😆😆 Rupanya abang tu nak offer ticket boat! HAHAHAHHAA kome kalau pi jangan terkejut sangat macam nina. Mujur aku tak laju sangat. Hahaha aduh kelakar!

So kiteorang sempat naik boat hari ni juga. Ok ni pesanan. Kalau hujan, jangan naik boat! HAHA kiteorang dah la naik boat pukul 6.30petang, dengan hujannya, air laut berombak kuat, dengan dah nak malam dah time tu.Mujur tak jadi apa-apa.Kalau tak, tak sempat aku nak minta maaf kat mama abah sebab pergi jalan tak bagi tahu, hahaha 😅


Sampai kat pulau pun hujan renyai-renyai lagi. Kiteorang tak book bilik lagi! Haha gigih la jalan dengan hujan2 cari bilik kosong. Bilik banyak dah penuh sebab time tu peak season. Haha so last2 kiteorang dapat chalet mat saleh! kahkah asal boleh tidur jelaa.

Memang chalet tu penuh dengan mat saleh je! haha before tu, kiteorang tanya dorm, but then

Malay guy : Dorm dia campur. Takkan nak duk sini 😐

Pandang macam nak makan kiteorang. Hahaha dia tak nak bagi kita duduk dorm. Mujur abang handsome! Hhaha ok abaikan abang ni. haha so kat chalet mat saleh ni, depe charge,

1 person = RM50
1 night = RM200 😓😓😓

Silap percaturan! 💔 Hhaha tapi sebab Fida demam, so takkan nak jalan-jalan dalam hujan lagi. so we proceed ajeeee huhu. Rehat2 kejap, solat semua. Then baru kitaorang turun balik. Cari makan! Haha memasing kebuluq! Sebab tak berhenti makan dari UMP-Kuala Besut. haha nak cepat punya pasai. Harga makan standard kedai2  hipster. Sedap lah jugak. Nak kata mahai sangat tu takleh la. Sebab makan dekat pulau en..Logik jela harga macam tu dari kedai2 hipster entah pape tu. EH 😊 Dah makan,jejelan cuci mata and cari tempat tidur untuk esoknya. Tak best sangat sebab time ni hujan!

so belanja utk first day,

  1. Minyak kereta - RM60
  2. Pisang cheese - RM4.50*2
  3. Chalet - RM200
  4. Tiket boat - RM70 *4 orang (pergi & balik)
  5. Parking kereta - RM15 kut
  6. Dinner - RM33

TOTAL = RM597 😂😂😂
Korang boleh less than this rasanya. haha silap pergi time peak season. Tapi time ni je semua orang free haha.

weh guys! baru cerita hari first ni! HAHAHA aku nak kena pi submit assignment dulu ni. ahahaha nanti aku sambung lah part 2. HAHAHA tu pun kalau rajin haha. kbai


Sunday, 29 October 2017

Your bestfriend is a MAN.

HIIIIII.

October dah nak habis. Yasss, haha I guess I still not move on yet. Nate ghuk. haha ok saja malam-malam ni nak menulis. Nak cerita nak luahkan tapi rasa macam tak tahu nak luah kat siapa. even aku tulis kat sini pun belum tentu ada orang nak baca pun. so aku harap rasa ni hilang sikit lepas menulis, hehehehe.....

Aku ramai kawan perempuan. Obviously kut, haha. so bila aku ada kawan baik lelaki, dia macam kau boleh minta macam-macam pendapat, ask why, what if,  what to do, and banyak lagi lah. especially time kita nak try get involved in relationship!  hahaha bukan nak mempergunakan, but it's better to share opinion with man. sebab perempuan ni kalau sorang emo, semua orang emo! kahkah

TAPI, satu je masalahnya. FEELINGS. FUCK THIS. SUMPAH NATE BEGHUK.

Bila tetibe salah seorang ada feelings, ya tuhan sumpah terkejut beruk! haha  macam biasa lah, tak tahu nak respons apa. Tapi ya, rasa bercinta dengan bestfriend lain serius lain. Rasa dia tak sama dengan orang yang terus approach kau untuk  jadi partner. lain weh. huhu

Jangan letak expectation tinggi pasal bestfriend korang. even lepak sama,makan sama, gosip sama...tapi jangan sesekali berharap bestfriend kenal kau sepenuhnya. So macam aku, bila aku dengan dia, baru aku tahu dia ni tak kenal aku pun sebenarnya. dan aku pun tak kenal pun dia yang sebenar-benarnya. huhu

It's good to have a boyfriend and bestfriend is the same man. But for me, it's no anymore. aku jadi takut. aku jadi paranoid. aku jadi tak yakin dengan diri sendiri. Nak bercinta pun rasa tak yakin. haha 2 tahun berturut kecewa ni. maybe aku patut stop bercinta. And biarkan masa tu sampai.

Bila masa tu nak sampai? Biarkan. aku malas nak fikir. kalau tak kahwin pun tak jadi masalah dah untuk aku.aku dah rasa kahwin bukan benda yang penting dalam hidup aku. even orang sekelilig aku macam "bila nak kahwin ni?", "bila jodoh aku nak sampai ni?", "aku nak pilih lelaki mana" and bla bla, tapi aku pilih untuk dengar je.

biarlah orang nak kata aku sombong ke garang ke. I don't ever care anymore. I'm so hurted. huhu doa-doa  aja lah aku straight, hahahhaa

AKU STRAIGHT LAGI. DON'T WORRY. HAHAHAHHA

now, I love to talk with random people. It's much better than to have a guy bestfriend. Maybe for now, haha.

oklah, kilat kilat pulak kat  sini. pastu budak group aku dah mintak slide nak present lab next week! hahahahhaa iols blah dlu. nanti ada lagi, sisthur merepek lagi la kat sini, byeeeeee!

Sunday, 1 October 2017

Hi October!

Haluuu October! Mulakan hidup baru I guess. Takkan nak sedih-sedih lama sangat. Hewhew. Dalam seminggu macam-macam aku kena hadap, banyak benda yang tunjuk siapa kawan yang sebenar. Siapa yang betul-betul boleh terima aku seadanya.

Maybe last week is my turning point. Sebab tiga benda dalam hidup ni aku rasa. In one week! 😓 Apa dia? Friendship, love relationship and money. wahhh aku boleh kena dalam seminggu. haha mujur aku kuat iman, even sebenarnya iman ni senipis kulit bawang jer. haha

Friendship- hilang kawan. eh silap. boleh kawan cuma tak boleh nak macam dulu 😓 rasa susah nak percaya even before ni everything aku share. everything yaaa :')

Love relationship - (HAHAHA) gelak dulu. aku ingat dengan upgrade bestfriend to boyfriend keputusan yang betul. rupanya salah :( orang yang aku ingat dah kenal aku semuanya, rupanya tak. susah mungkin nak kenal seorang Farah ni ye 😝 hahaha break-up last week pun sebab dengan masalah friendship. masalah datang berkait. even kawan yang hilang dengan break up dengan boyfriend adalah orang-orang yang berbeza. haha

Money - aku beli barang yang total harga rm600 😭😭😷 tapi barang tu tak sampai aku lagi. dah seminggu lebih. tanya pos laju, depe pun tak tahu mana pergi barang tu. barang tu barang niaga. ya aku sedih.ingat boleh upgrade diri sendiri before bulan 10 ni, but then ujian datang bertimpa-timpa. huhuhu and terpaksa la minta abah duit 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 benda yang aku nak elakkan! huwaaaaaaa

so conclusion is,

YUP! tak mudah untuk aku hadap tiga-tiga ni dalam seminggu. aku buat keputusan untuk bawa diri. memang tak jauh mana pun. tak reda mana pun hati aku ni. tak tahu nak respons apa. susah aku nak percaya orang lepas ni. susah nak yakin kalau orang tu baik dengan kita sebab ikhlas ke tak. susah susah. and aku takkan usaha pun nak yakinkan diri sendiri nanti. haha

Terima kasih 'ex-boyfriend' sebab you pun emosional bila I emosional. nampak dah kat situ yang kita ni tak berjodoh. haha but perlu ke kita kawan lagii? sakit pula bila ingat dia 'emo' lalu buat keputusan nak jadi kawan. Dude, aku rasa aku pernah cakap yang aku tak kawan dengan ex 😋

Terima kasih kawan. sumpah sayang kau ni, tapi sebab masalah kecik yang sebenarnya boleh settle tapi kau pilih untuk pendam. so takde point lah aku kena jadi kawan kau lagi. sebab aku memang kawan yang teruk. sorry.

SEMOGA BARANG POS LAJU AKU JUMPA AAA MINGGU NI 😂😂😂😂

HAA k tu je. semoga hari esok dan hari mendatang aku akan kuat. alah siapa nak stay dalam hidup aku, stay je. tapi orang yang dah sakitkan hati aku, better jangan stay. sebab apa jangan? sebab aku akan sakitkan hati kau lagi. and of course hati aku pun sakit. haha

Tengah fikir aku nak buatpe sekarang.......

Tuesday, 6 June 2017

WHY?

Good morning :')

Kenapa eh semua orang cuba buat keputusan untuk aku? Paksa aku buat benda yang aku taknak buat? Apa diorang rasa aku ni tak pandai buat  keputusan ke....? Kalau betul sekalipun aku ni tak tahu buat keputusan, so mind on your business jelaaaaa -,- sibuk-sibuk hal orang buat apa. pasal aku dengan siapa. kenapa aku friendzone orang. kenapa aku reject. eh ikut suka hati aku lah. haihhh -,-


Wednesday, 15 February 2017

Hi,ini kali ke berapa eh aku post ni, hehe macam nak pecah rekod tahun lepas je. Hahaha. Okay untuk post kali ni, aku masih tengah fikir nak taip apa. Huhu tahu-tahu nanti dah panjang lebar post ni, hahaha.oh ye,mungkin boleh cakap pasal progress azam 2017. Masih kabur and tak nampak jalan lagi. 3 azam pun susah nak commit. Haha btw, azam yang ketiga aku boleh jamin. Haha, Aku terpaksa menolak lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup aku. Malas nak serabutkan diri.

Okay, disebabkan tahun ni umur aku 22. So aku kena get ready untuk menjawab pelbagai soalan dari makcik pakcik aku which is "Bila nak kahwin". Come on, muda lagi kut. Hahaha cuti semester baru ni pun mama selalu attack aku tanya pasal boyfriend. Ceramah kat aku pasal"Nanti dah kerja,ingat senang ke nak cari?" Oh god, please. Jodoh tu ada. Kalau takde,mungkin Allah dah kasi benda lain untuk aku.

Aku tak faham kenapa orang lain yang nikah muda ni boleh commit dengan tanggungjawab baru. Iaitu jaga lelaki. Haha, aku jaga diri sendiri pun kontang-kanting,keluarga apatah lagi. Huhu mungkin belum tiba masanya aku kut. Okay,husnudzon. Hhehee

Macam mana kita nak terima orang tu? Nak hadap sampai mati. Nak kena terima buruknya sekali.How guys? Haha, apa yang aku nampak selama ni, marriage is a risk. Huhu Aku tak nampak sangat baiknya perkahwinan tu. Sometimes. Yang manisnya bila kita ada partner,padahal banyak lagi yang kita tak nampak. Huhu love not suits me well. I have my own problems with myself. I can't describe what I want. okay, cukuplah membebel pasal ni, hahaha

Menabung and get fit, sedang diusahakan. Tambah-tambah perut ni membuncit dengan comelnya. Hahaha stress aku. Hm kenapa ye perut buncit? haha tu  la, skip lagi exercise,since pergi  program kat Kg Janglau. Hahaha makan banyak woi. Mana tahan ahahahaa. Okaylah, sampai sini aku  merapu. Yelah,bosan takde kelas seharian. Huhu apa aku nak buat lepasni. Aduhai memishang. Dah la hujan, takkan nak tidur lagi hahaha

okboi.

Sunday, 22 January 2017

Hai semua, kalau ada orang bacalah. Kalau tak ada, it's okay. Tak mengharap pun akan ada orang baca selama ini, hehehe. Tiba-tiba je rasa nak berblogging setelah sekian lama tak buat. huhu so apa yang akan aku tulis ni semua berkaitan dengan luahan perasaan aku sendiri.hoho acah je kau farah oi. hahaha

Pernah tak korang rasa korang tak bahagia dengan hidup korang sekarang?
Rasa kosong je hidup. Rasa nak pergi jauh dari semua orang yang kenal kita.
Ke aku sorang je rasa macam ni? hahaha

aku tak suka duduk rumah even aku selalu rasa nak balik rumah bila aku kat U.Aku tak rasa happy. Tak tahu kenapa. Aku macam jadi anak yang tak berguna kat rumah. Aku rasa macam aku tak berbakti kat mama abah. Dan sometimes aku rasa diorang tak perlu pun dapat anak macam aku. huhu okay, ni pasal rumah je. haha

Aku rasa tahun 2017 agak mencabar untuk aku. Baru 22 hari 2017 aku dah terasa beban. Banyak benda yang aku fikir. Habis belajar, kerja, bantu mama abah. Tapi sementara nak hbis beajar, aku banyak fikir macam mana nak cari duit. Yelah, dah umur 22 takkan nak mengharap duit parents lagi. so benda yang aku kena buat is BERJIMAT. huhu even susahh, but kena usaha jugak.

Ekonomi sekarang teruk, aku yang nak habiskan belajar pun rasa susah. Yelah, buku bukan murah. semuanya nak beratus. Tu tak kira makan lagi. Lagi la,lagi-lagi musim study week,minggu test, makan tak ingat dunia langsung.so sekarang aku rasa nak cepat-cepat habis belajar dan cari duit.memanglah kerja tak best macam belajar, tapi sekarang aku tak boleh nak rasa macam tu sebab belajar tak dapat menjana duit.aah, memang dalam kepala otak aku ni penuh dengan duit. macam mana nak cari duit. macam mana nak beranakkan duit. mana nak simpan duit. duit untuk apa. uish macam-macam dengan duit, hahaha macam orang gilakn duit je. kahkah duit boleh buat macam-macam.even orang kata duit bukan boleh beli kasih sayang. hm okaylah, stop pasal duit. hahaha

Aku dah taktahu nak cakap apa kat lelaki ni supaya tak kacau aku. aku dah cakap banyak kali, tapi still dia tak faham. aku tak suka dia, bukan sebab dia tak hensem ke takde duit ke apa. dah hati aku kata tak nak. apa jenis lelaki la yang tak faham bahasa ni. aku cakap baik-baik pun tak faham. cakap kasar pun takfaham. dah tu kau nak apa gila.aku tak rasa aku perlukan lelaki dalam hidup aku setakat ni. Aku macam tak boleh nak percaya lelaki. Yes, bagi aku semua lelaki sama.Hang cakaplaaa apa pun, aku still anggap lelaki sama je. huhu tolonglah kasi aku idea nak suruh lelaki ni senyap dan move on dari aku. aku serabutlah -,-

Kawan baik aku dah ada girlfriend! Hahaha tak sangka bulat-bulat tu pun ada awek yang tak boleh move on dari dia. hahahahhahaa. orang cakap lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab nanti mungkin akan timbul perasaan. Haha, well, masa dia kasi tau yang dia dah ada awek, aku rasa biasa. so takde perasaan lebih-lebih k. HAHAHA

Okaylah jemah nak kemas bilik. Bilik dah macam sarang tikus. hahaha wassalam.

Saturday, 31 December 2016

Azam 2017

Assalamualaikum, hewhew  dah nak masuk 2017 dah wehhhh. Haha aku dah buat summary untuk 2016. Ya tuhan, sumpah hidup aku ni hambar. HAHA, so aku nak improve untuk 2017 ni. So maybe azam kali ni lain sikit kut. Kot lah, hahaha. azam 2016 ofkos semua tak tercapai. HAHAHA teruknya. Yelah, mana nak saving nya kalau asyik belanja. Duit keluar lagi banyak dari saving. Aku rasa aku kena start serius dengan saving. Umur bukan bebudak lagi. Huhu


So, saving is a must for 2017. Haha 2016 macam takde saving langsung. Teruk gila rasa. hm hopefully tahun 2017 ni tahun terbaik untuk aku untuk saving, hewhew Ok, azam nombor duaaaa ialah GET FIT. yes, aku nak fit.  


Nak sihat dan kurus. tahun 2016 ni aku asyik makan tidur. kurang exercises. So, CHANGE NOW! huhuhu aku harap aku dikelilingi orang yang nak fit dan fit! hewhew amin. Third is.........


Hehe, Dari tahun tahun lepas lagi nak cari diri sendiri hahaha. Tak nak salah sayang orang dah, Tak nak buka hati kat sesiapa untuk tahun 2017.  Tak nak terlibat dengan relationship. Tak nak ada perasaan sayang kat orang lain. Ha nampak tak broken betul aku tahun ni, hahahhaha! Setakat ni je kut azam aku tahun 2017.  Kang bebanyakk belum tentu boleh buat lagi. haha semoga 2017 lebih fun, lebih bermakna, lebih bahagia, lebih fit! Amin. Kbai, sis kena study untuk final pulak hahaha



Saturday, 5 November 2016

Masalah.

Hi,

Ada masalah ke? haha nak kata ada masalah pun macam tak je. So tak tahu apa yang aku nak cakap, hahaha. Salah ke aku menolak seseorang tanpa cuba memahami dan menyayangi dia macam dia sayang aku? Tak kan. haha *sedapkan hati sendiri*

Tapi tak mudah bagi aku nak sayang orang. Even ada orang cakap,"Cari orang yang betul-betul sayang kau, bukan kau yang sayang dia lebih". Tapi, aku tak boleh. Dan mungkin sebenarnya aku takut. Takut terluka lagi. 

4 tahun aku ambil masa untuk lupakan ex dulu yang aku sayang gila. Lagi-lagi sebab kebodohan sendiri so memang aku kena hadap. Dah sayang kenapa tinggal. Hahaha pelik kan. Kekadang aku saja mencuba. Sayang sangat ke dia kat aku. Dia akan lepaskan aku pergi macam tu aje ke? Rupanya, ya. Mungkin sebab aku yang sakitkan hati dia. Sorry awak. 

Dah 4 tahun lebih, datang seorang lelaki yang aku harap last untuk aku. Unfortunately, it's not. Time mengayat bukan main power. Serius. Semua perempuan boleh cair. haha tapi bila dapat, hahaha dia kata aku baik sangat. Haha sumpah tak tahu nak respons macam mana. At first, berayor juga air mata ni. Tapi bila fikir balik, Allah nak bagi aku something. I guess so. Sebab aku pernah berdoa, "Jika dia yang akan pimpin aku ke-arahMu, permudahkan urusan kami. If not, jauhkan kami dari sakit hati.". And then, aku tak sedih daah! Aku nangis dalam 30 minit je weh, hahaha pastu aku move on. Rileks sudah. Hahaha

Sekarang, aku dengan rela hati me-reject seseorang. Huhu sebab apa? Sebab sampai sini jelah usaha aku untuk benda-benda macam ni. Aku dah malas nak bercinta. Takpelah takde boyfriend sekali pun. Lagi pun, aku rasa hidup solo best! hihi maybe kita boleh buat plan sepanjang solo ni hehehe. Nak kemana ye? Moh kumpul duit hahaha

hahaha ok, sekian untuk hari ini. assalamualaikum hehe

Saturday, 30 July 2016

Result?

Assalamualaikum, result dah keluar guys. Dan sangat teruk! Sangat jatuh.Tapi tak boleh nak marah orang lain, sebab tu hasil  dari usaha kau. Dah kalau kelas pun selalu skip, assignment tak hantar, mood belajar kelaut, kerja grouping buat endah tak endah je, memang itu jela yang aku dapat. But still, alhamdulillah. Atleast tak ada subjek failed. huhuhuhu *budak engineering macam perlu ada satu fail :P* hahhaha

Moga farah syazana semester depan makin rajin,  makin produktif, makin cemerlang, result makin baik. Amin!!!!!! Even setiap sem doa benda yang sama, tapi aku harap sangat aku betul-betul belajar untuk 4 semester yang masih berbaki. In sha Allah, moga dapat graduate tahun 2018. Nak tolong mama abah pulak. Asyik menghabiskan duit makpak je. Hm

Ingat nak kerja haritu, tapi fikir balik. Tak payah lah,mama abah hantar kat sini suruh belajar elok-elok. Dah 4 semester kau main-main, mungkin ini masanya pulak untuk buat kelainan pada diri sendiri, In sha Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.Em okaylah, nak tidur. Panas pulak badan lepas minum slimming & detox tea ni hahahaha. Farah nak kurus ni, tak sabar nak tengok hasil :P Nanti aku story pasal diet aku ni. Moga kali ini kuat iman! hahahahahahhaa okbai :*

Friday, 22 July 2016

Proud to be what?

Assalamualaikum, kalau boleh nak hari-hari merapu kat sini. tapi itulah, masa sangat cemburu dengan aku. Tengah taip ni tertengok tarikh hari ni, dah sebulan aku umur 21 tahun but still cannot achieve anything........

Rezeki mungkin bukan sekarang.
Tapi takkan datang kalau tanpa usaha. So nak kata aku usaha,Omaigaddd memang tak sangat pun. Yelah manusia yang lemah macam aku ni, kuat mengeluh je. Try juga nak stop mengeluh sana sini then still doing it until nowww. lalalallalala haha :(

I'm nothing to be proud on 21years old.
Seriously farah syazana? Yup,It's serious. *crying inside*
I need motivation like seriously. Nak bangun payah. Lemau semacam, tak tahu apa yang aku nak sampai sekarang. Betul ke apa yang aku buat? Macam mana kalau aku salah? Macam mana kalau aku tak yakin. Macam mana kalau aku tak bangun-bangun dari "kelemauan" ni........

Umur 21,
Tak ada financial.
Tak boleh buat keputusan sendiri.
Suka memendam.
Gagal.
Selalu down.
Tak yakin.
Malas.

Then fuck myself.
I have nothing to be proud of :(
Good night.....

p/s: aku cuba la post banyak2 dalam blog ni macam dulu :)

Thursday, 11 February 2016

#3

Umur meningkat,

Tapi poket makin nipis.

Dalam akaun bank menangis nangis.

Minta diisi wang ke dalamnya.

Aku boros.

mana mahu ada wangnya.

terkadang malu.

biarpun kau belajar.

kau terus menerus..

susahkan mama abah.

kau tak ada wang.

walaupun 1 sen.

aku kecewa dengan diri sendiri.

#2

Cinta.

Akan datang.

Walaupun tanpa diundang.

Tapi,

Setulus mana cinta itu.

Sedalam mana keikhlasan si dia.

Sekuat mana ikatan cinta itu.

Benarkah itu cinta

Yang suci?

#1

Aku.

Mahu.

Berkarya.

Tapi.

Aku.

Punya.

Ilmu.

Yang.

Sangat.

Cetek.

Untuk.

Berkarya.

Tuesday, 9 February 2016

Do what you want.

Peganglah prinsip kau.
Jadilah perahsia.
Memang aku bukan sesiapa.
Tak perlu beritahu aku.
Jangan cerita.
Nanti takut aku jadi salah seorang yang cemburu dgn kegembiraan kau.

Kau ungkit, aku ungkit.
Cerita ini takkan habis.

Terima kasih.
Sebab selalu ada bila aku ada masalah.
Bila aku tengah sedih.
Bila aku perlukan pandangan.
Terima kasih sangat2.

Maaf aku mengungkit.
Maaf marahku tiba2 membara.
Maaf sabarku tak banyak.
Maaf buatkan kau sentap.

terima kasih,
sebab buatkan aku rasa tak layak.
Tak layak jadi sahabat kau.
Terima kasih.

Maaf,
dari manusia ini.
manusia yang tak faham kau.
manusia yang tak sabar ini.
manusia yang banyak kekurangan ini.
manusia yang menyakitkan hati kau.
maaf.

Friday, 15 January 2016

Welcome babies ♡

Hello! السلام عليكم. 你好。 selamat malam. hehehe

14 Januari 2016.
Selamat datang ke dunia ini,babies! hehehe and well done my gemuk. You did it! beranak jugak si gemuk ni setelah semua orang tak sure dia preknen ke idok gara-gara perutnya tak besor mana. hahahahahaha.

pagi tu,aku was-was je nengok si gemuk ni. asyik kehulur kehilir je. siap meow2 lagi. sebelum ni, nak dengar suara dia punyaaaaa la payah. tapi harini macam bersuara terlebih pulak dia. hahaha aku pun cakaplah kat abah yang si gemuk ni nak beranak before abah pegi kerja. tapi abah tak percaya 😑😑😑

takpelah. abah tak nak percaya. sebab dah risau dia beranak kat mana-mana dalam rumah ni, baik aku prepare tempat untuk dia meneran which is my room 😐 cari kain baju yang tak nak pakai dah. bakul. tutup kasi gelap. sebab aku google, dia cakap kucing ni nak beranak mesti gelap and takde orang boleh ganggu dia. tapiiiiiiiiiiiii kan..........

SI GEMUK YANG KACAU AKU TENGOK TV! 😂😂 duk meow2 kat ak. bila aku ikut dia masuk bilik, elok je dia duduk dalam bakul tu. 😡😡😡 gemuk, aku nak tengok sha & shah tau tadi 😑 ok abaikan. first aku check, takde apa2 pun. tapi bila kali kedua check, I sawwwwwwww it. Her first baby!!! but unfortunately umur baby tu tak panjang. aku dah kalut sebab baby tak bunyi. huhuhuhuhuhu apa lagi, kalut call abah suh balik. Hahahahaha 😂😂😂

Yes, aku marah abah sebab dia tak percaya aku yang si gemuk nak beranok! 😤 kejut syafiq pun, dia tak percaya. mana tak marah, sebab aku taktahu nak buat apa. I'm not ready yet to see all these things. hahahaha 😅😅😅

sambil tunggu abah balik, sempat si gemuk ni meneran kat depan aku 😐 ohmaigaddd. my first time tgk kucing beranok. hahahahaha gelabah itik rasanya 😁😁😁 memang tak sempat nak rakam pun. hahaha

lepas dia meneran, dia masuk balik bakul tu. em aku biarkan dia jilat anak dia dulu. ingatkan sekor. rupanya dua ekor. tah bile dia keluarkan lagi sekor tu. hahaha

so, I'm happy because my gemuk dah jadi mummy 😍 my gemuk tak marah aku kalau aku pegang babies 😄 hehehhee penat tau bagi support kat gemuk. siap cakap cemni lagi....

"You can do it gemuk! You beranak, you jilat anak you and then I akan belanja you makan sesedap!"

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAA. K DIA MACAM FAHAM AKU. KEHKEH. LEPAIH BERANOK, AKU CAKAP PULAKKK....

"GOOD JOB GEMUK!!!!!! AWAK BERJAYA!"

And seriously aku cakap benda ni. huhuhuhu

okaylah. penat jadi bidan and support si gemuk ni beranak. hahaha 😂 selamat malam 😙



Monday, 4 January 2016

Kemalasan.

3/366

السلام عليكم。 你好。 selamat petang .  Hi .

Tolonggggggggggggggg. aku tengah malas nak belajar. hahaha. siapa pernah rasa nak drop course? mean tukar course lain? huhuhu. bila aku malas, macam ni lah aku rasa. nak tukar kos. salah ambil kos. kos tak kena dengan aku. aku tak tahu apa-apa pasal kos ni. haha 😂😂😂

tapi itulah. ini pilihan aku. aku yang pilih jalan ni. aku yang mohon kos ni. aku yang suka sangat cabar diri sendiri walaupun diri tak tough mana pun nak ambil kos ni. kena buat kerja macam lelaki buat. kena tau macam mana lelaki tahu. dan patutlah ramai perempuan yang ambil engineering semuanya kerja benda lain 😂😂😂 aip farah. itu orang lain. so kau kena buktikan kau boleh buat.

nak menyesal pun tak guna jugak. belajar jelah farah. tinggal 2 tahun setengah lagi. lepas belajar, kau nak buat apa ikut suka kau lah farah.

so girls, kalau rasa minat tak minat dengan engineering, tak tough, rasa diri tak padu, takyah lah ambil engineering. hahaha ambillah pendidikan ke. tapi kalau rasa nak cabar diri macam aku ni haa, bolehlah. hehehehhehehe 😎

Doakan aku ye. ada paper strength of material selasa ni. dan aku tak habis belajar lagi huhuhuhuhu. *tengah cari mood yang semakin kelaut*

kbai 😗

p/s: Iman, ibu malas ni. macam mana ibu nak belanja Iman mainan kalau ibu malas. hm

Saturday, 2 January 2016

Azam 2016.

السلام عليكم. 你好。  Hello. selamat petang.

Happy new year gaisss 😙😙😙 so azam tahun lepas tercapai ke tak? rasanya satu pun tak tercapai sebab? Lack of motivation and target. usaha pun kurang. so how to achieve it without all these things. so terkubur sudah azam 2015. hukhuk.

azam tahun ni, makin matang. mungkin. hihi akan berusaha sampai dapat. sebab dah umur doploh satu and still no money in my own account except duit ptptn and duit belanja abah kasi. okay, shame on you, farah. tak kata orang lain. cuma kata diri sendiri yang selalu boros sampai lupa nak saving. pahtu ada hati nak hidup mewah macam dato vida. eh. hahaha

azam farah syazana untuk 2016! *jeng jeng*
1. buat saving.
For what? umrah. ni target aku. Teringin sangat nak pegi tapi no money. takkan nak harapkan duit mama abah je. so aku akan buat saving utk  umrah.  then,kecemasan. kot2 lah TER-guna banyak duit sampai kering. at least aku ada lagi duit. kes ni, aku kena ikat perut. semoga aku berjaya capai ni!

2. kurangkan shopping online
Susah ni, tapi akan aku usahakan demi umrah and target aku lain 💪😙

3. Learn to know myself better
Diri sendiri pun tak kenal lagi. ada hati nak bercinta. nak kenal orang lain. fokus satu2 farah. okay ✌ belajar lagi ilmu agama,ilmu duniawi.

4. Fokus niaga dan belajar at the same time.
Susah ni, tapi In sha Allah akan tolong aku.

orang nak ketawa, ketawalah. harini dah ada orang ketawakan aku. takpe, aku anggap itu satu kekuatan untuk aku capai itu.  terima kasih kerana mengetawakan aku hari ini, aku akan bawa kejayaan itu nanti. amin 😊

sekian untuk tahun baru.
jumpa post lain pulak. hihihihi

السلام عليكم. 在建。 selamat malam. Bye.

farah syazana.
makin tua, 21 😂

Tuesday, 22 December 2015

terusik kah hati?

Hi baby. lama tak update story kat you beb. sorry, tak ada masa utk update. beb, aku nak ada orang faham aku. nak ada orang sayang aku. nak ada orang rindu aku. layan aku. bukan nak cakap aku tak dapat semua tu.. cuma rasa ni mungkin beza. rasa ingin dicintai dan disayangi. orang kata umur 20 ni macam2 kita fikirr. nak kahwinlah. nak bercinta. nak cari duit. banyak! tapi tengok dari macam mana kita handle semua benda ni.

beb,kawan2 dah ramai dah kahwin and nak kahwin. aku ni calon pun takde. terganggu jugak lah emosi. sebab kiri kanan depan belakang have their own partner. sedangkan aku? kekadang keliru. aku nak cerita masalah dengan siapa. apa aku patut buat. ya. mungkin aku patut dekatiNYA lagi.

terusik ke hati ni? aku tak tahu itu rasa apa. aku tak tahu itu cinta ke mainan nafsu ke. aku taktahu macam mana nak bezakan.

bila aku dah menaip-naip ni, baru aku dapat idea. I should learn more about my god. my only god,Allah.  terukkan aku. nak jodoh tapi solat lambat. nak jodoh tapi taktahu bila ajal akan dtg menjemput aku.  Ya Allah,ampunilah dosa hambamu ini. yang terlalu seronok dengan dunia dan terlalu mengharap jodoh tu datang tanpa memikirkan mati yang mungkin lebih hampir dengan aku. jauhilah aku dengan perasaan yang berbolak balik ni. jauhilah aku dari mainan hati ini. janganlah Kau benarkn hati ini terusik oleh lelaki2 yang belum tentu jodohku. matikanlah aku dalam iman. jadikanlah aku ank yang solehah. amin.

Perasaan. jauhilah aku. Jangan ganggu aku untuk capai cita2. cita2 utk akhirat dan dunia. tenanglah farah. benda yang baik akan datang kemudian. capai yang lain dulu 💪💕

Saturday, 24 October 2015

New goals!

Hai. Lamanyaaa tak menaip. Hm macam busy sangat je. Takpelah. Oleh sebab harini rasa macam nak menaip, biarlah daku menaip dengan hati yang tenang. Hihi! Ok, sejak akhir akhir ni aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangap travel. Haha 😂😂😂 termasuklah aku. So guys, aku dah buat goals baru. Dalam setahun ada 2 tempat yang aku akan pergi. Tak kesah la dalam negara ke luar negara. Asalkan aku boleh backpacker 😆

Dengan cara ni,mungkin aku lebih menghargai dunia ni. Lebih memahami dunia. Belajar menghargai diri sendiri. Lebih kenal diri sendiri. Mungkin waktu ni boleh terserempak dengan jodoh! Eh! Hahaha

Less than 2 weeks from now,flight aku ke china! Ah eksaitednya! Hihi pegi dengan kekawan baru pulak tu. 😆😆😆

Semoga Allah redha dengan apa yang aku nak buat. Semoga dipermudahkan segala perancangan ini. Hihi. Farah cuba cara baru untuk hilangkan kesunyian. Goodluck farah syazana! Jangan sunyi. Jangan terlampau berharap pada manusia. Bergantunglah pada Allah. Insha Allah,farah syazana.

Goodnight.
24 oktober 2015.