Monday, 3 December 2012

#1

Hari yang paling sedih buat diriku apabila aku pulang ke Malaysia dan mengetahui mama dan abahku telang kembali ke rahmatullah. Kenapa KAU tarik nyawa mereka sebelum aku sempat berjumpa dengannya? Kenapa ya Allah? Kini aku seorang diri dalam dunia ciptaan-Mu. Sungguh aku lemah ya Allah.

"Aisyah Farahin!"panggil maklang. "Ya maklang. aisyah kat sini."sahutku sambil mengelap saki baki air mataku. "Dekat sini rupanya. penat maklang panggil. kamu tak dengar ke tadi?"tanya maklang. "Ouh. aisyah minta maaf. aisyah tak dengar pun maklang panggil. kenapa maklang panggil aisyah?"aku cuba senyum walaupun itu senyuman pahit. "hm,maklang dah kena balik. paklang kamu tu ada kerja. kamu nak ikut sekali ke? Ke kamu dah nak balik ke Perth tu?"tanya maklang lagi. aku terdiam. kini semua orang kembali melakukan tugas masing-masing selepas tiga hari bacaan tahlil untuk mama dan abah aku. "aisyah."panggil maklangku lagi. "Ya,maklang."aku tersenyum kembali. "maklang tahu susah nak terima hakikat. tapi redha la nak. Allah lebih sayangkan mama dan abah kamu. Jangan menangis lagi. doakan untuk mereka."maklang cuba memujukku. "Ya maklang. aisyah tahu. aisyah tengah cuba. aisyah tengah cuba terima yang aisyah sekarang ni dah jadi anak yatim. aisyah sedang terima maklang...",sekali lagi aku menangis. menangis di riba maklangku yang merupakan adik kepada mama.

"Maklang ingat nak bawak kamu balik sama."ajak maklang.
"Ha takpalah maklang. aisyah kat sini bukan lama pun. lusa dah terbang balik ke Perth dah."aku senyum.
"Hm kalau macam tu, takpa lah. pandai-pandai jaga diri. Belajar elok-elok."pesan maklangku.
"baiklah maklang. Insha Allah"jawabku. Aku menghantar paklang dan maklangku di depan pintu. aku menyalam kedua-dua tangan maklang dan paklangku dan secara tidak sengaja,air mata jatuh sekali lagi.

"Jaga diri nak. nanti balik sini,tinggallah dengan kami."pesan paklang.
"Baik paklang."aku mengesat air mata semula. Aku melambai-lambai tangan kepada mereka. Ya Allah,sungguh aku lemah namun aku yakin setiap apa yang terjadi ada hikmahnya,.

*******************************************************************

aisyah,bila kau nak balik Perth? Kenapa lama sangat kau kat sana?

Alamak, aku lupa nak beritahu Melina pasal ni.

Mel,I'm sorry. Mama and abah aku dah meninggal. Baru 4 hari yang lepas. that's why aku tak balik lagi. lusa,I'll back. 

Butang send ditekan. Baru aku nak masuk ke tandas,satu panggilan telah masuk. Eh takkan Mel ni cepat betul dapat sms aku tadi. Hm lalu aku mengambil fon semula dan nombor tak dikenali mendail aku. siapa eh? malaslah nak angkat. aku terus mencampak telefon ke atas katil.

Seusai selesai mandi,aku mendapati ada 22 missed call dan 1 mesej daripada Mel. Hm siapa yang call aku banyak kali ni? Namun aku abaikan lalu membaca mesej dari Melina.

Inalillah. kenapa baru bagi tahu? btw, take care dear! balik sini jgn lupa bagi tau aku. be tough too :)

tersenyum. Melina pandai membuat aku tersenyum. Tiba-tiba panggilan tak dikenali itu mendail lagi. Ah,rimasnya.

"assalamualaikum" alamak suara lelaki. siapa ni.......
"err..waalaikumusalam." jawabku.
"ingat tak saya?"
"siapa eh?"
"Aizat Anas."
"whattttt?!"

aku terus meletak panggilan. Gila! macam mana pulak dia tahu nombor aku ni? tiba-tiba satu mesej masuk.

Kenapa awak letak?Saya baru nak cakap dengan awak.

Kenapalah dia muncul balik.....


*bersambung kemudian..hehhe

kembali semula.

assalamualaikum.

hai. lama rasanya aku tak update. almaklum busy. so? apa lah aku nak share kan bersama. tapi harini aku terlebih rajin tengok post-post aku yang lama. ahaa. rasa lawak :P dan barulah aku ingat. rupa-rupanya misskecikisya.blogspot.com dah berusia setahun 10 bulan dan cuma hanya ada 101 post saja setakat ni. nampak benor busy nye. hehehe


aku pun dah selamat menjalani peperiksaan yang merimaskan aku. haha doakan untuk keputusan aku pulak ye. haish syerammmmnye. selepas SPM ni,aku dapat rasakan aku cuba menjauhkan diri dengan semua kawanku. kenapa eh? sebabnya macam perangai yang aku sendiri tak mampu nak faham. sengaja aku penuhkan masa aku dengan baca novel. sengaja aku nak kerja dekat shah alam. YEAHH. aku memang sengaja......................

minta maaf sesangat. sebab aku perlukan masa untuk diri aku. untuk dapatkan farah yang ceria. I've lost myself. I am broken. I am sad. I am frustated. hahaha XD susahkan jadi hipokrit seronok. hipokrit gembira. sedangkan makan tak lalu. sedangkan tak mampu nak cakap dengan semua orang termasuk keluarga sendiri. hahaha aku tak pernah mengharapkan orang lain memahami aku,sebab aku sendiri tak memahami diri aku. even dia sahabat baik dan rapat macam mana sekalipun....dia takkan dapat fahamkan aku. hahaha

bila suka memendam perasaan....ini lah akan jadi. sedih sendiri. gembira beramai. kenapa aku tak luahkan eh...even aku luahkan kat member yang rapat,aku tahu perasaan sedih aku tak lepas. aku tak tahu nak ceritakan apa. nothing. macam nothing happened. yang tahu,cuma hati dan Allah :)

hahaha okaylah. I need to go. assalamualaikum XD